Salam..
n3 kali nie agak serius juga yang ingin deqlis bicarakan. Semuanya gara2 melihat sepasang suami isteri yang datang meminta sedekah di restoran Pelita Samudera KL baru-baru ini...Hmm ingat tak deqlis cakap teringin nk turun Penang pekena nasi kandar??? Malam tu tingin sangat nak makan nasi kandar n tosei...so deqlis ajaklah hb turun KL. Apa yang kami nampak pada malam tu adalah kehadiran seakan sepasang suami isteri yang turun dari Teksi dan menuju ke Restoran Pelita Samudera berdekatan KLCC itu.
Hmm deqlis dan hb mmg familiar dengan sepasang suami isteri ini...memang selalu datang meminta sedekah... cuma malam tu Tuhan tu nak tunjuk agaknya mereka sampai dengan menaiki Teksi dan menuju ke kedai mamak tersebut untuk meminta sedekah....bagaikan part time job mereka pula di kala menjelang tgh malam. Hmm...naik teksi ada duit pula yer dtg minta sedekah??? ingatkan datang naik bas ker??yang deqlis kesalkan keadaan mereka yang masih sihat dan kuat kenapalah hidup meminta-minta? suaminya jika di pandang dengan mata kasar adalah seorang yang buta... benar2 buta atau sebaliknya Allahualam.. yang penting makcik tu masih sihat dan boleh bekerja dari hidup meminta sedekah. Yg buta pun masih boleh mencari pekerjaan yang sesuai dengan keadaan diri jika benar2 berkemahuan...
Dalam hati terdetik, tiada anak2kah makcik dan pakcik ini? atau hidup nak mudah sahaja mendapat pendapatan atas dasar belas ihsan orang... berapalah kutipan dia setiap malam yer?? agaknya lebih banyak dpt duit dari melakukan pekerjaan ya?? Sedih deqlis tengok orang2 yang masih kuat kudratnya tetapi hidup meminta-minta. Orang kurang upaya pun ada yang bekerja seperti video yang pernah deqlis kongsi di blog deqlis sebelum ini... hmm adakah mereka ini terpaksa bekerja kerana sindiket? macam-macam soalan menerjah minda deqlis ni..
Deqlis pernah membaca bahawasanya kita tidak wajib memberi sedekah kepada insan2 seperti ini. Ini kerana kita menggalakkan mereka malas bekerja dan tidak mahu berusaha di atas tulang empat kerat dan hanya hidup meminta-minta... hmm pernah suatu ketika dahulu deqlis sengaja membiarkan orang seperti ini meminta sedekah dan dengan baik deqlis menolak... hmm sepatutnya jika kita dah tak mahu memberi sedekah...berlalulah pergi..ini tidak...datang lagi minta pada hb deqlis pula... lepas tu macam marah-marah pula... hmm dalam hati deqlis berkata bukan sahaja kau hina sebab kau ni miskin ..tetapi kau juga tiada budi bahasa... dan lagi deqlis berkata..jika deqlis beri kan sedekah pun, sedekah deqlis tadi bukan dalam keadaan ikhlas takde gunanya amal sedekah itu... Ini bukan bermakna deqlis mengatakan deqlis tak bagi orang memberi sedekah...tetapi sebagai orang yang mampu melihat kita sepatutnya melihat adakah insan itu layak menerima sedekah atau pun tidak..
Kes kedua pula, seorang budak datang kepada deqlis dia minta sedekah.. deqlis lihat dia memang kesian... lepas tu deqlis tanya " adik nak minta sedekah nak beli apa?" dia jawab nak beli makanan. deqlis pun jawab " okay klu macam tu mari duduk kat akak order sahaja apa yang adik nak makan akak belanja" tau tak budaj tu jawab apa?? hmm x nak lah kak, saya nak duit jer.. deqlis tye lagi " eh, tadi kata nak beli makanan kan"? dia diam jer..lepas tu matanya seakan-akan melirik-lirik pandang ke arah org lain.... (mungkin bos sindiketnye kot) deqlis terus jawab..." ohh klu macam tue takperlah..akak nak derma tolong adik makan shj..klu adik taknak xperlah" terus budak tu berlalu...sambil soalan deqlis seterusnya dia tak jawab.." dik adik minta sedekah ni ada orang suruh ya?" jadi memang lah kesian budak2 seperti ini.. deqlis pernah terdengar juga, komisen mereka berapalah sangat berbanding duit sedekah tadi di sapu oleh ketua sindiket haram itu..
Kes kedua... nie dah lama... deqlis masa nie, masih hijau lagi,,tak tau menilai orang...orang minta derma...deqlis kasi,.,orang minta deqlis kesian ..deqlis kasi...hingga lah pada suatu hari... sedang deqlis dan kawan2 kerja makan tengahari datang dua orang perempuan meminta sedekah...yg sorang buta, yang sorang lagi umur dalam 30 -35 tahun yang memimpin perempuan buta yang lebih kurang sebaya umur mereka..... mereka ke meja kami...macam biasa deqlis sedekahlah...kesian...walaupun masa tu gaji pertama kerja di tempat baru tu pun belum dapat lagi... berilah derma juga sebab kesian punya pasal... setelah deqlis beri derma...dan peminta sedekah nie berlalu 2-3 langkah dari meja kami salah seorang dari rakan deqlis menegur... dia mengatakan sesuatu pada pemminta sedekah yang buta tadi...hmm nak tahu apa kawan deqlis katakan??? tunggulah n3 seterusnya ya....
Cuma di sini deqlis ingin berkongsi info dan cerita...
Sebaiknya, orang miskin tidak menampakkan kekurangan dalam hidupnya dan sentiasa bersabar serta reda dengan ketentuan Ilahi. Perbanyakkan doa kepada Allah supaya terpelihara diri dan keluarganya daripada sikap suka meminta. Menerusi sikap sedemikian, Allah akan memberinya kelapangan dalam hidup (meskipun tidak mewah) dan menetapkan sifat qana'ah (cukup) dalam jiwanya. Sebaliknya bagi mereka yang tidak memohon kepada Allah, tidak akan mendapat pertolongan-Nya.
Jika seseorang jauh daripada pertolongan serta perlindungan Allah, jiwanya lebih cenderung untuk melakukan perkara diharamkan.
Selagi seseorang itu mampu untuk bekerja dia perlu berusaha bersungguh-sungguh memenuhi keperluan hidup bagi diri dan keluarga daripada hasil titik peluhnya dan jangan mengambil jalan mudah dengan menjadi peminta sedekah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Salah seorang daripada kalian yang mengambil tali lalu tali itu digunakan untuk mengikat kayu bakar di atas punggungnya lalu dia menjualnya, maka dia menutup wajahnya (menjaga kehormatannya dengan bekerja) lebih baik daripada dia meminta daripada manusia, yang ada kalanya memberi atau tidak memberi." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hadis ini ialah dalil diharamkan seseorang itu menjadi peminta sedekah selagi dia masih mampu bekerja. Mereka yang suka meminta sedangkan mampu bekerja tetapi malas ialah golongan yang dicela.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang lelaki yang sentiasa meminta daripada orang lain, pada hari kiamat yang akan datang, pada wajahnya tidak ada sedikit daging pun." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Justeru, berusaha untuk mengelakkan diri daripada sikap suka meminta, apatah lagi bagi mereka yang sudah dicukupkan Allah rezeki, tetapi masih suka mendapat barangan yang diberi orang lain semata-mata untuk menambah apa yang ia ada.
Lebih baik pihak yang dikurniakan Allah rezeki, bersedekah kepada mereka yang memerlukan terutama barangan yang ia sayang, tetapi barang itu mendatangkan manfaat lebih kepada orang lain
Sebagai pemberi sedekah kita jua harus memikirkan lebih afdal jika memberi sedekah kepada keluarga terdekat terlebih dahulu....
Rasulullah SAW menjelaskan melihat keperluan bersedekah kepada golongan yang ingin dibantu. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada orang miskin terhitung pahala satu sedekah. Sedekah kepada kaum kerabat mendapatkan dua pahala (iaitu) pahala sedekah dan pahala menyambung silaturahim." (Hadis riwayat Ahmad)
Jika seseorang bersedekah sedang dia tidak memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya, maka dia dianggap berdosa kerana mengutamakan amalan sunat bersedekah berbanding amalan diwajibkan baginya iaitu memenuhi segala keperluan keluarganya.
Sabda Nabi SAW: "Cukup seseorang dinilai berdosa apabila dia mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya." (Hadis riwayat Muslim)
Apa yang ingin deqlis sampaikan
"Masyarakat kita bersimpati tak kena pada tempatnya. Bersedekah tak salah, tapi biarlah bersedekah di saluran yang betul"
"TANGAN di atas lebih baik daripada tangan yang menerima ialah galakan supaya kita menjadi orang suka memberi, bukan yang meminta kerana kedudukan bersedekah lebih baik terutama jika mereka melakukannya dengan hati yang ikhlas."
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah dan mulai dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika berada dalam keadaan mencukupi (segala keperluan). Siapa memohon dipelihara (untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
"Pengemis tak sepatutnya ada di Malaysia. Jangan sampai Malaysia dijadikan 'tapak' untuk membuka bisnes sedekah pada masa akan datang"
ok nantikan n3 sambungan tajuk nie ya...
No comments:
Post a Comment