Salam..
Apa khabar yer?? deqlis alhamdulillah sihat..cuma pening2 lalat..hehe..teringat pulak cerita P.Ramlee... Ketua kampung pening lalat hehe.. oklah
n3 kali nie sambungan cerita dari n3 Peminta Sedekah sebelum ini.
"................dan peminta sedekah nie berlalu 2-3 langkah dari meja kami salah seorang dari rakan deqlis menegur... dia mengatakan sesuatu pada peminta sedekah yang buta tadi...hmm nak tahu apa kawan deqlis katakan??? "
bagi yang menantikan sambungannya....(hmm adaka yang menanti nie?? macam laa ramai peminat blog nie heheh...nak perasan ker jap hehe)
oklah..gini..
kawan deqlis tu cakap..." Lis cuba kau tengok perempuan buta tu.." deqlis pun pandang..
deqlis kata "hmm kenapa?"... lantas kawan deqlis tu kata .."hai kau tak nampak ker...bulu mata cukur sampai halus tu.....?" dalam mata buta2 pun kening bukan main lagi kalahkan model pulak... banyak pulak duit dia upah orang nak cukur kening dia yer?? betui buta ker buat2 buta tue?? ...deqlis teruslah terkedu... masa tu baru deqlis tahu kenapa akak tu tak sedekah kat perempuan tu tadi... nampaknya ramai juga ya yang jadikan peminta sedekah sebagai kerjaya...dan biz besar menyara diri sendiri mahupun keluarga... sejak dari peristiwa itu juga, deqlis begitu teliti jika nak memberi sedekah... deqlis akan teliti dulu orang yang meminta2 ini... sekiranya deqlis jumpa lagi org seperti ini dengan selamba deqlis cakap..." cantikkkkkk!! kening kak...upah siapa ya bentukkan kening nie?" terus orang yang hidup meminta2 nie berlalu dari deqlis..hmm tahu pulak takut...
banyak juga cerita hal peminta sedekah ini... yang deqlis benci betui kalau macam satu sindiket pulak... pernah tunggu mangsa di depan kaki lima bank2... di kawasan rumah mak deqlis pun deqlis pernah kena... keluar sahaja pintu bank, ada yang minta derma/sedekah nie... agaknya sindiket ni ingat orang yang kuar bank nie semuanya kaya2 kot...? macam satu strategi pulak tunggu mangsa depan pintu bank... geram betui rasa... deqlis lihat kudrat kuat lagi... terus deqlis malas nak cakap banyak deqlis wat tanda/signal no melalui tangan nie... ehhhh datang lagi..walau body language deqlis pun dah beritahu NO .... agaknya tak reti bahasa kot.... dengan pantasnya deqlis menjawab " terima kasih ye. saya lebih suka menderma/sedekah di masjid atau surau2 dari sedekah pada sumber2 yang saya tak percayai..." ternganga peminta sedekah itu... deqlis pun berlalu...
Amalan bersedekah adalah amalam yang mulia jika kena pada tempatnya...dan bersedekah tidak semestinya wang ringgit... dengan barang2 kesayangan kita, makanan dan senyuman juga merupakan sedekah. Sekiranya seseorang peminta sedekah itu hanya berkehendakkan wang semata-mata..dengan erti kata lain, sedekah makanan/benda2 lain tak nak di terima berwaspadalah kerana di khuatiri ianya adalah satu sindiket besar mahupun sindiket kecil orang perseorangan yang hidupnya malas bekerja.
Bersedekahlah seikhlas hati bukan kerana orang lain sedekah maka kita pun sedekah.. biarlah setiap pemberian walau 1 sen pun mendapat ganjaran pahala yang besar.
Walaupun deqlis sedih juga melihat keadaan peminta sedekah di negara kita yang semakin berleluasa. Ada yang di tawarkan pekerjaan oleh pihak restoran kepada peminta sedekah tadi, mereka menolak pekerjaan itu... agaknya menjadi peminta sedekah ni memberi pulangan lumayan kepada peminta sedekah...
Jadi memberilah pada yang benar-benar perlu... bagi meringankan beban mereka yang hidup susah.. bukan kepada mereka yang menjadikan minta sedekah sebagai karier pula..
Amalan sedekah yang dianjurkan Islam bertujuan melengkapkan kitaran hidup antara yang kaya dengan miskin kerana sebagai pihak mempunyai kelebihan, mereka bertanggungjawab membantu saudara yang memerlukan.
Mereka yang gemar bersedekah dijanjikan Allah ganjaran pahala yang besar. Firman-Nya yang bermaksud: "Siapakah yang mahu meminjamkan (hartanya) kepada Allah dengan pinjaman yang baik (iaitu dengan mendermakannya pada jalan Allah), lalu Allah melipatgandakan (balasannya) dan untuknya pahala yang mulia." (Surah al-Haddid, ayat 11)
Jadi bersedekahlah kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Janganlah kita terus-terusan memberi derma pada saluran yang salah...seolah-olah menggalakkan sifat malas dan hidup meminta-minta yang dicelaNya.
Fikir-fikirkan
Selamat beramal..
1 comment:
akak pun rimas tau dengan peminta sedekah ni..entah-entah mereka tu dah kaya raya..
Post a Comment