Recent Post

Thursday, November 25, 2010

Adab Dalam Persahabatan & Pergaulan

Salam semua, kali ini deqlis ingin serius dengan tajuk yang agaj serius ini.. Maka dengan topik ini dapatlah diharapkan membuka mata dan minda kita agar menjadi masyarakat yang mengetahui beberapa adab sopanyang perlu dan mesti dijaga agar dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini yang boleh meruntuhkan kerukunan hidup sesama anggota masyarakat.

Mengamalkan sifat berkasih sayang merupakan contoh akhlak terbaik manakala berpecah belah adalah satu perbuatan buruk yang amat dicela agama. Memiliki akhlak mulia bukanlah sekadar mendapat keuntungan dan kehabagian hidup di dunia ini malah kesenangan hidup di akhirat juga bergantung kepada sejauh mana penghayatan akhlak mulia itu sendiri dipraktiskan dalam kehidupan.

Menurut Sabda Rasulullah SAW drpd Abu Darda' yang bermaksud: "Tiada yang akan memberatkan neraca timbangan amal seseorang mukmin pada hari kiamat kelak daripada memilik akhlak yang baik"- RIWAYAT AT-TIRMIDZI

Oleh yang demikian, merebut untuk menjaga akhlak yang baik itu amat di tuntut. Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ""Orang yang paling aku kasihi dan akan paling dekat duduk denganku pada hari kiamat ialah mereka yang baik akhlaknya dan orang yang paling aku benci dan paling jauh duduk denganku ialah mereka yang buruk akhlaknya" -RIWAYAT AT-TIRMIDZI.

Jika dilihat pada sejarah, Nabi Muhammad SAW diutuskan juga demi menyempurkan akhlak mulia.

Maka marilah sama-sama kita mengamati hak-hak yang perlu dijaga dalam persahabatan spt berikut yang dapat deqlis huraikan..(Jika ada tambahan sila nyatakan) moga-moga yang baik kita dapat kongsikan di sini

* memenuhi hajat dan keperluan sahabat dengan senyuman dan gembira
* menjaga lidah seperti tidak mengumpat atau memperkatakan keaiban sahabat kepada orang lain (mcm sekarang nie ada FB, twitter, netlog, blog dll..jadi waspadalah )
* menahan lidah dan mulut dari berkata sesuatu yang tidak disukai sahabat kecuali dalam hal untuk mengajak kepad akebaikan dan mencegah kemungkaran (tetapi jika nk tegur sahabat pun biarlah berlapik dan cara yang berhemah..jangan tegur buat si sahabat panas hati lagi...fikir2x kan)
* berterus-terang kepada sahabat bahawa anda mengasihinya kerana Allah ( berkawan biar ikhlas kerana Allah, insyaAllah ada rahmat dan dicatatkan kebaikan di situ)
* mendoakan sahabat samada ketika hayatnya atau selepas kematiannya sepertimana kita berdoa untuk kesejahteraan diri sendiri. ( harap2x ada sahabat2x yang sentiasa doakan yang baik2 buat deqlis..Amin)
* jujur dan ikhlas bersahabat dengan berterusan walaupun selepas kematiannya iaitu dengan mengasihi ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya. contoh lain, memberi sokongan terhadap usaha sahabat walaupun dia telah tiada.
* meringankan iaitu tidak memberatkan sahabat dengan perkara yang di luar kemampuannya.

Masyarakat yang benar-benar menjunjung segala peraturan dan hukum hakam Allah adalah asas dalam pembentukan masyarakat bertamadun. Sungguh, tiada yang dapat dibanggakan bagi sesebuah masyarakat yang maju dan menjunjung tinggi peradaban sains dan teknologi jika rohaniahnya kosong ..Ya! kosong!..ibarat sebijik labu yang cantik kulitnya dari pandangan luar tetapi dalamnya (isi labu) sebenarnya telah di makan sang ulat hingga isi labunya hampir lemah, lunyai dan busuk. Inilah terjadi pabila rohani kosong  dek kerana tiada penekanan akhlak dan pengisian keagamaan yang sejati.
Pentingnya adab dalam persahabatan tidak mengira lelaki mahupun wanita.
Jika adab di jaga, maka jua tiadalah masalah keruntuhan akhlak remaja sebegini.


















P/S: Justeru itu, wahai ibubapa dan jua buat diri sendiri (insyaAllah bakal menjadi ibu juga suatu hari nanti dengan izinNya) wajar menasihati, melihat dan mengawasi anak. Pentingkan adab2 dalam persahabatan utk diri sendiri malah ahli keluarga serta ingat-mengingat sesama kawan2 agar didik anak-anak seawal usia dan bak pepatah melayu mengatakan "melentur buluh biar dari rebungnya" dan jangan leka setelah anak2 meningkat dewasa.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

3 comments:

Unknown said...

hargai erti persahabatan yang terjalin. sahabat bukan lah boleh dicari seperti kawan. seribu kawan belum dapat mengantikan seorang sahabat yg hilang.

tersentuh hati melihat rancangan bersamamu malam tadi. pengorbanan 3 orang lelaki menjaga sahabatnya yang sakit. sanggup berhenti kerja demi sebuah persahabatan. persabatan seperti ini susah nak kita temui sekarang.

ramai yang datang waktu kita senang tapi berapa ramai pula yang setia bersama disaat kita dalam kesusahan.

- deqlis, topik yg sgt menarik :)

Effah Mahat said...

salam deqlis... salam perkenalan, salam ziarah.. segala salam :))

topik yg sangat menarik. kebetulan baru2 ni pun menghadapi masalah persahabatan... tapi tak per.. itu colors dalam kehidupan.

deqlis said...

to Mata Hati: mmg kawan sejati akan menjadi sahabat sepanjang hayat... thanks...

to Ema: w'salam, thx sudi singgah sini... salam kenai kembali...:-)

thanks.. hadapi masalah itu sememangnya rencah dan rempah ratus dlm kehidupan..buang yg keruh amik yg jernih... insyaAllah persahabtan lebih serasi dan terjalin erat..yg penting ikhlas keranaNya..:-)