Recent Post

Tuesday, November 9, 2010

Idola Deqlis - Part 1

Dua usahawan wanita yang menjadi idola deqlis adalah  pemilik Leesa Formula, Serenity Spa dan Hajaba siapa lagi jika bukan Mona Din dan pemilik produk kecantikan tanahair dengan jenama Sendayu Tinggi pastinya Rozita Ibrahim. Tentu ramai yang dah mengenali mereka kan? Cuma deqlis rasa bertuah dapat bertentang empat mata dengan kedua-dua mereka.

Al-kisahnya bermula apabila Deqlis berkesempatan menemui mereka di atas tuntutan kerja di mana ketika itu deqlis menyiapkan program Astro Oasis iaitu Rancangan Formula Anggun. Siapa yang pernah menonton siri Formula Anggun pasti tak lupa segmen Personaliti Anggun.

Kali pertama  ingin bertemu Kak Rozita nie agak gugup dan berdebar2 juga deqlis. Jika dilihat sekilas pandang, 1st impression deqlis, seolah-olah Kak Rozita nie garang orangnya... nak2 apabila menaiki tangga opisnya di Bukit Tinggi , Klang, gambarnya yang sungguh besar menatari seluruh dinding tangga menyebabkan  deqlis rasa gerun jugak nak temuduga ni nanti..hihi...(isshh maca tak biasa pulak interview2 nie hehe..atte mmg dah kerja BJ/Scripwriter/Production Assistant pun hehe...) takut juga tersilap interview ke apa kan?? tp akhirnya sangkaan deqlis meleset, Kak Rozita memang peramah dan seorang yang cukup lemah lembut berbicara namun tegas dan berprinsip. Bagi deqlis, Kak Rozita ni jika kita jumpa live lebih jelita daripada gambar-gambar dia yang kita lihat di majalah. Seorang yang berkarisma..bukan Karisma KApoor tau hihi...

Setelah sesi interview dan shooting kami di pejabat besar Sendayu Tinggi selesai, kami ke rumah beliau dan ke kawasan ladang penternakan kambing dan itiknya pula.

Memang penatlah...namun deqlis happy sangat dapat cover salah seorang idola deqlis nie... dpt makan2 kat rumahnya dan juga adalah buah tangan untuk kami krew2 Formula Anggun bawa balik..dan salah satu buah tangannya adalah telur masin.. (Kak Rozita yg buat sendiri tau) dan memang ada telur masin keluaran dari syarikat beliau nie..(ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.).telur itik pun dapat jugak... hehe.. Selain itu, Kak Rozita juga pandai memasak kuih bahulu.. sempat juga kami melihat Kak Rozita membancuh buat kuih bahulu dengan menggunakan telur itiknya di ladang ternakan itik beliau dan yg bestt nyer krew2 semua boleh makan kat situ juga...hahaha...pana2 lagi tue... 
Photo ini di snap oleh deqlis sendiri. Seronok melihat kambing-kambing ternakan Kak Rozita dan suaminya. Tengoklah sendiri Kak Rozita memang sporting siap buat peace lagi bila deqlis nak snap picture diorang nie sume.. hehe.. 




























Sejarah Kak Rozita ..."Daripada seorang penoreh getah, kini beliau telah berjaya dan berkembang maju hingga mampu mendirikan sebuah empayar perniagaan yang besar. Sematan pepatah "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat" meninggalkan kesan yang amat mendalam di jiwanya. Menurut wanita ini, dunia beliau pada hari ini memberikan satu kepuasan. Apa yang dikecapi hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang. Jika dahulu beliau hanya mampu menangis dan berdoa, sifat semulajadi wanita, tetapi kini ikhtiar,ikhtikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri mengubah persepsi diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri dari belengu. Inilah yang cuba Rozita sampaikan kepada wanita lain dan tidak salah jika kita mempunyai semangat kental yang sama seperti beliau." di petik dari akhbar tempatan.

Apa yang deqlis nampak dari mata kasar ku ini, kak Rozita seorang yang bersemangat tinggi dan dia tak jemu2 menyuruh kami do something in biz. Biar bermula dengan kecil-kecilan dan belajar sedikit demi sedikit..insyaAllah boleh berjaya kata beliau. Dia amat yakin bahawa bidang perniagaan boleh memberi rezeki yang tidak dijangka-jangka. "InsyaAllah...Amin" 



Sejak pertemuan empat mata itu, deqlis memang melihat perkembangan kak Rozita, deqlis kagumi kebanyakan iklan Sendayu Tinggi di kaca TV persis sebuah iklan produk antarabangsa...(ada kelassss!) sebagai orang TV jugak deqlis kagum dengan usaha meletakkan Sendayu Tinggi setaraf atau sebaris produk2 antarabangsa. Mula2 tgk iklan ST nie ingatkan SKII....selepas habis iklan...eh! ST laa... tetiba rindu ngan Kak Rozita nie..huhu

Walau ada iklan ST yg kurengg sikit sesuai dan menjadi kontroversi jugak la suatu masa dahulu... ala iklan yang Rozita Che Wan (RCW) seksi tue... deqlis pun klu dlm rumah nie nak gedik2 skit ngan hb, mmg saja2lah jalan wat gaya jln RCW tue... heheh... ehhh! depan hb jer tauu!.. ekekeke..

Walaubagaimanapun kini Kak Rozita dah berpurdah, alhamdulillah..mudah2an beliau menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat. May Allah bless u.

INFO RINGKAS 
ROZITA IBRAHIM
-Beliau sentiasa ingat pesan bapanya, jangan menipu, jangan rasuah dan jangan buat benda-benda bodoh – minum arak. Pesan beliau pada diri nya sendiri – jangan riak dan takbur.
-tidak suka pakai kasut.
-mulakan biz dengan modal RM400, hasil gadaian barang kemas.
-menjadikan kisah Lim Goh Thong yg boleh berjaya walau tidak berpelajaran tinggi untuk membina kejayaan dlm hidup beliau.




Cerita tentang Idola Deqlis lagi selepas ini..
kena bersambung laa yer..part 2..

sekian...ngeh ngeh ngeh...



2 comments:

samsul siji said...

ooo..
akak ni, knal sgt2...
he3...
akak ni minat bisnes?

deqlis said...

hihi..klu x kenal x dapekk akak nak nolonggg
minat laa tp biz yg betui2 biz..yg MLM x minat..:-)