Recent Post

Thursday, November 11, 2010

Idola Deqlis - Part 2

KAK MONA...yezza!! Kak Mona menjadi idola deqlis sejak mengenali wanita ini dengan lebih dekat dan mengagumi semangat beliau yang berani mengambil risiko. Beliau juga seorang yang peramah dan mudah diajak bersembang.

Good job: Rosmah (right) presenting the
Spa Personality of the Year 2008 award
to Mona Din from the Serenity Spa Group
and Leesa Formula brand at the Malaysia
Spa and Wellness Awards 2008.

INFO RINGKAS
MONA DIN
-suka naik kapal terbang tambang murah
-Pada usia 13 tahun Kak Mona dapat masuk asrama Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim di Alor Setar. Itulah kali pertama beliau dapat pakai tuala dan sabun mandi.
-Kak Mona tidak pernah pegang kad ATM nya sendiri. Malah, dia tidak tahu cara untuk menggunakannya, walaupun di mesin pengeluaran wang tunai. Semuanya dipegang oleh suaminya.
-Kak Mona bercadang membuka perniagaan makanan menerusi kafe eksklusif yang memenuhi cita rasa semua pula, selepas 3 cabang biz yg telah beliau jalankan.
-Kak Mona bersyukur butik Hajaba di Pavillion menerima sambutan sangat hebat sehingga mampu berada di tempat teratas di segi jumlah jualan di antara semua 10 butik Hajaba miliknya yang lain, sejak dari bulan pertama ia mula beroperasi.
-dalam tempoh hanya lima tahun, Kak Mona dan suaminya berjaya mempunyai tiga cabang perniagaan yang berbeza iaitu Leesa Formula, Serenity Spa dan Hajaba.
-memulakan perniagaan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dgn hasil jualan dua kereta, jenama Estima dan BMW, ditambah wang simpanan kecemasan sebanyak RM50,000.



Bergambar kenangan ketika sesi shooting dijalankan di teratak indah Kak Mona Din nie di Shah Alam. Kini kak Mona telah berpindah ke rumah barunya di kawasan sekitar...(dekat2 kawasan rumahnya yang ini juga) sebbnya semasa kami on d way nak ke Spa dan office beliau, sempat beliau menunjukkan rumah  yg dlm proses pembinaan/renovation..dan bakal mereka diami setelah siap... so tentulah sekarang dah siap kan? namun rumah lama yg  kami pergi nie pun mmg cantik .. i like..heh:P

Biodata

Suami: Zulkefli Muhamad Ali

Cahaya mata: Allahyarham Nur Salima, Izzul Haziq, Izzul Hazim, Nur Leesa, Izzul Hazreeq.

Pendidikan: Diploma Pentadbiran Awan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Hobi: Membaca, melakukan kegiatan riadah dan bercuti bersama keluarga.

Pengalaman kerja: Pengurus Besar Pengiklanan, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (1988-2003).

Perniagaan: Leesa Formula (2003), Serenity Spa (2005) dan Hajaba (2008).

Personaliti diri: Berdikari, bersemangat waja, kuat bekerja, berperibadi kukuh.

Pencapaian: Spa Personality of The Year Award 2009, Anugerah Wanita Waja (2008), Best Spa Design for Hotel/Resort (Serenity Spa @ Hotel Msuites JB), Best Day Spa, (Serenity Spa@Bangi), Top 5 Best Day Spa (Serenity Spa Hotel Bluewave Shah Alam), peserta akhir Hospitality and Platinum Award (HAPA), Entrepreneur of The Year (2007); Best Day Spa (Serenity Spa Shah Alam) 2006.




No comments: