Recent Post

Sunday, November 21, 2010

Penangan Siti Nurhaliza

sumber: Pak Google
sumber: www.budiey.com

haa... apesal tajuk entri kali penangan Siti Nurhaliza?? sebab al-kisah tersebutlah kisah yg nak diceritakan ini adalah sebelum zaman Dato CT kita nie dapat title Dato tu lagi....kisah di mana pada tahun 1997-1998 tau.. di kala dan ketika deqlis pun masih remaja gituw.. zaman nie kira zaman Siti Nurhaliza tengah meletup-letup... 
sana sini orang dok sibuk sembang pasal Siti... ramai gak yang tangkap cintan ngan Kak Siti kita nie.. (sekarang jgn beb!! kang Dato' K kerjakan koranggg..haha)..

Penangan Siti Nurhaliza... 

KES 1

Disebabkan nama SITI tu menjadik popular selepas SITI NURHALIZA menjadi recording artis...maka ramai gak yg dulu2 (nie deqlis rasa2 laa) yg memang ada nama Siti kat nama diorang nie..tetapi tak mau mengaku ada Siti... sume nak buh nama glamour... kira2nya tak mau ngaku laa nama Siti... TETAPI selepas kebangkitan Siti Nurhaliza nie...waduhhhhh!! ramai sekali yg dulu2 tak ngaku2 nie, tetiba tukar nama... bila di tanya..nama apa? nama I Siti... adehhh... nielah penangan SITI NURHALIZA... terus mempopularkan nama SITI itu sendiri... contoh! utk lebih jelas... Nama Siti Zalina.. dulu2 suh panggil Zalina... tup tup bila zaman SITI NURHALIZA meletup-letup... Zalina dah suruh panggil namanya SITI hehe... tui tak?? ada tak korang ingat zaman2 nie?? atte semua orang nak mengaku SITI hehe.. hatta makcik kat pasar malam pun tukau nama MAKCIK SITI..dan dan jer erkk?? 

KES 2

Dek kerana penangan Siti Nurhaliza juga... al-kisahnya budak2 lelaki dalam kelas deqlis (hmm dalam kelas budak lelaki melayu ada 3 org jerk, 1 org chinese boy) so yg budak2 lelaki melayu nie lah... meke2 nie.. dah memulakan sesuatu...

haa apa dia??
situasi dlm kelas..cikgu tak masuk lagi mengajar... 

si A : Lis..! 
deqlis: hmm buat dekkkk....pandang ke toleh pun dakkk!
Si A: Ellissssssssssssssss!!!!!!!
deqlis : wat tak dengar lagi...(issh sebuk jer laa..cakap dlm ati jerkk)
Si A: Ellismelia!!!...
deqlis: tention tul.apelah terjerit2 panggil nama org nie..tak leh nampak org senang skettt..(berkata dlm hati jer tau) sebab malas nak layan sebab tgk sibuk siap kerja sekolah..(atte pelajar contoh nie...ekekke)
Si A: Ellismelia.....ohhhhh Ellismelia....
deqlis: tak menyahut lagi...pandang pun tak... buat mcm pekak badak jer...hahaha... atte tgh buat keje sekolah laa....
Si A tak putus asa.. terus Si A nie panggil...
Si A: SITI NUR ELLIS!!!
deqlis: terus toleh beb! waa tak tipu ..... toleh sambil senyum tersipu2 lak tue....adehhhh cair gak deqlis bila dipanggil nama SITI... perggghhh penangan SITI laa kan kan kan??

hahahaha sah penangan SITI gak nie... adehhh... panggil nama sendirik malas nak layan..tetiba panggil SITI leh laa deqlis toleh... nak gelak laa klu diingat2kan... zaman nie mmg deqlis minat giller2 ngan SITI.. now jer tak giller sangat hehe..tetapi ttp minat... suara dia mmg sedap... yg heran kawan kelas nie pandai laa trick diorg erkkk?? nak deqlis menyahut panggilan diorg...panggil lak nama SITI SITI SITI nie..hehe...

nak tau apa lagi jadik selepas tue?? 

habis semua nama2 kawan2 perempuan dalam kelas yang takde SITI pun 3 sahabat nie dok panggil SITI..
jadi maka oleh yang demikian timbullah nama
SITI NOR HAZREEN (nama sebenar Hazreen jer)
SITI ENG RE JUN (leh gitu kawan chinese pun kena gak penangan nama SITI nieh)
SITI NUR ELLIS (deqlis laa tu)
SITI  HASLIZA (nama hasliza jer)
SITI HASLINDA (nama haslinda jer)
SITI NUR AIDA (Nur Aida jer)
SITI NURHANIZA (haa nie plg akan2 ngan Siti Nurhaliza... nama sebenar Nurhaniza)
dan 
ramai lagilah nama yg takde Siti di tambah2 sesuka ati meke...hehe.. pastu tambah NUR pulak tue hihi..
tulah penangan SITI NURHALIZA
zaman deqlis remaja ...

sekarang pun ada penangan nya Dato Siti kita nie kan??
walaupun dah lebih 10 tahun... nama SITI NURHALIZA tetap gah kan??
maybe budak2 zaman sekarang nie ada memori pulak dgn SimplySiti ke kan?? hehe...

P/S: klu ada kisah korang pasal nama SITI atau penangan SITI atau aura SITI nie meh laa citer skettt!!..citer byk pun boleh hehe..



3 comments:

Anonymous said...

ehhe time skolah2 dlu mmg hard fan siti la..
penah ada show maybeline kt lot 10 ntah mcm mana saya beranikan diri naik atas stage pastu kasi lukisan muke siti yg kakak saya lukis mcm real! heheh pastu saya salam sambil cium tangan dia
xabes kt situ..gambar saya naik ats stage masuk tv7 hahha tp saya sendiri xtgk..kwn2 sekolah esoknye kecoh..saya masuk tv hehhee

Fairuz Zainal said...

hoho..best pulak bace ni!

deqlis said...

@ nana : wah!! penangan SITI gak nie hehe.... mesti best at d moment kan?? senyum kambing jer klu ingat2 hehe..

@ fairuz: thx...! rajin2 laa dtg bce lagi ihik..:-P