Recent Post

Friday, December 3, 2010

4 Hari Lagi 1 Muharram 1432H

Salam dan selamat pagi Jumaat wahai rakan-rakan sekalian. Moga ceria-ceria anda di pagi hari. Walaupun muka kelat..jgn dok kelat2x..lekas2x capai tuala dan mandi...eceh...haha.. macam deqlis dah mandi yerk??hahahahhh.. alamak terkantoi sudah hehe.. sebonar nyoo sojukkkk betui pepagi nie.. deqlis terjaga awal sebelum Subuh lagi tadi...teruss dok depan pc...haa leh gitu?? apa2lah kan..janji blog tak meninggalkan bau keh keh keh...

Okaylah pagi2 nie deqlis nk bukak topik pasal Bulan Muharram yang bakal kita raikan 4 hari lagi... Klu dulu2x kat TV dan radio mesti putarkan lagu nie...

Ingat tak?



Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan ummat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercintaaa...

corus :
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah.. aaaa
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam

Untuk Sepanjang Zaman..

Untuk Sepanjang Zamaaaaannn.....

(Hijrah!!)


Hmm tetapi deqlis tak berapa nak dengar pulak ..kot laa deqlis yg tak bukak TV atau tak bukak radio..haha..
klu kat shopping mall tu lagi lah...sejak Nov dah start Krismas kan?? (ala klu perasan entri2x sebelum nie..@ sila check entri bulan Nov) haha.... rindu pulak nak dengar lagu nie.. Siapa leh nyannyi?? keh keh keh..leg gituw??

Walaubagaimanapun, jom  kita sama2x akan menyambut MAAL HIJRAH dengan penuh meriah dan memahami erti penghijrahan yang sebenar.

Hari pertama bulan Muharam kali ini disambut pada 7 Disember 2010, iatu pada hari Selasa. Ini juga bermakna, peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah dalam usaha menegakkan syiar Islam telah berlaku selama 1,432 tahun lamanya.

Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Marilah kita bersama-sama mengambil HIJRAH pada kali ini sebagai titik perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan tidak mengira jantina, umur, darjat, pangkat mahupun fahaman politik agar umat islam maju dan berada dalam kelas yang tersendiri

Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman, orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Baqarah: 218)

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan dibaca

DOA AKHIR TAHUN:
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." larangan berkenaan.

DOA AWAL TAHUN
dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Nanti kita sama2 membaca doa ya..!

tp hari nie...jap deqlis nk nyanyi lagu 1 Muharram nie skettt!! jgn hujan dahh ...nk kasi up sikit semangat...haha..

Mudah-mudahan tahun ini lebih memberi keberkatan dan kebaikan dalam hidup.
AMIN.


No comments: