Recent Post

Tuesday, December 7, 2010

Larangan Motosikal Masuk Bandar Wajarkah?

Tentu anda pernah membaca berita inikan? Apa pendapat anda? Deqlis nie nak kata setuju pun tidak, membantah pun tidak...Hmm rasanya perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi sebelum keputusan di buat. Walaupun deqlis nie bukan lah  orang yang layak bercakap tentang ianya layak atau tidak, dan memandang diriku bukanlah juga Datuk Bandar atau pun Pak Menteri ataupun anggota polis... namun di sudut pandangan deqlis manusia ygg kerdil ini terdetik mengatakan larangan ini kurang kewajarannya.

dipendekkan cerita, deqlis nak beri cadangan sahaja.. terpulanglah ada pihak2x yang sudi mendengar pandangan yang terpantul dari hati ini... sebenarnya kajian terperinci tentang kenapa larangan itu dibuat amatlah diperlukan. Adakah semata-mata kerana mahu mengelakkan jenayah berlaku di bandar? atau elakkan kegiatan mat rempit muda mudi atau untuk mengelakkan jenayah ragut sahaja?

Sekiranya untuk mengelakkah jenayah, rempit dan kes ragut ini, tindakan menarik penjualan motor berkuasa 110km/j tue wajar... kuatkuasa undang2 pihak penjual motor hanya dibenarkan menjual  motor berkuasa bawah 90km/j sahaja. Maka pembeli pun takde pilihan dan sudah pasti tak boleh nak race laju2x lagi..dan peragut pun tak berani nak ragut sebab jika kes ragut berlaku senang orang nak kejar sebab motor berkuasa rendah... nak lari mana??

dan kedua, jika sebabnya beserta untuk mengurangkan kes kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal terutamanya orang-orang melayu nie, cadangan seterusnya berkaitan dengan penurunan harga motosikal berkuasa tinggi yang harga terlalu mahal untuk dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah mahupun berpendapatan sederhana. Hmm mana taknya RM80,000 sebijik motor kan?? klu mak2 kita pasti kata " baik beli kereta" oleh yang demikian, sekiranya ada pihak yang bertindak mengurangkan harga motor besar ini ke kadar yang lebih murah dan mampu milik oleh setiap anggota masyarakat pasti ianya lebih dapat mengurangkan kadar kemalangan melibatkan motosikal dijalanraya. Dalam pemerhatian deqlis,  jarang-jarang kita mendengar kemalangan di sebabkan motosikal berkuasa tinggi. Klu deqlis bawak kereta pun, deqlis yang akan memberi laluan kepada mereka-mereka yang membawa motor besar berkuasa tinggi ini. Selain itu,  bunyi motor besar ini juga sudah membuatkan pemandu kereta peka dan berhati-hati. 

Selingan jap gambar motor-motor besar...





dan sekiranya larangan itu ingin di implementasikan juga, diharapkan pengangkutan awam disediakan dengan lebih efisyen dan lebih banyak.

Contohnya bas awam dari Bukit Jalil ke Sungai Buloh takde,
bas awam dari Shah Alam ke Sungai Buloh takde.

oleh yang demikian pengankutan awam tue perlulah di tambah, di perbaiki dan diberikan lebih keselesaan.
Maka, ramailah yang bertukar dari motor ke pengangkutan awam....:-)

Photo: Pak Google atau dari blog: http://ninja650tourer.blogspot.com thanks.

P/S: isshh klu deqlis leh dapat motor cam kat atas nie ker besttt gakk... terus p amik lesen motor besau nie ngan segeranya...hahaha.... 

1 comment:

ordinary89art said...

x patut!!!
bukan budak bermoto je yg wat hal!