Recent Post

Thursday, December 2, 2010

Mesej Songsang Part 2

Salam semua,
Sejuk nyer Subuh2 nie yer.... angin sepoi2 bhs gitu.... nak2 duk dekat2 pintu nie sejukkkkk....
sambungan dari part 1.. seperti yang dijanjikan. walau mata ku sedang mengantuk tp tak laa ngantuk sangat..ngeehhh... tetap menaip juga memandangkan jap lagi deqlis agak busy di siang hari... jadi pagi2 begini nie sempat laa nak sambung sikit.. nanti peram2x jadi pekasam pulak hehe.. 

Mengenai mesej songsang nie... pernah tak uools mendapat email atau sms yang berbunyi ala2 begini?

Salam, "ada ayat al-quran" atau petikan sekian2 dari Mekah atau sebagainya yang menyuruh anda forward kepada 10 orang atau 7 orang ke, jika fwd mesej tu akan mendapat kebaikan esoknya dan jika tidak fowardkan kepada kawan2 akan mendapat malapetaka...

haa mesti pernah dapat kan?? tak kiralah email ke, sms ke, surat berantai ke...

tak perlulah fwd jika uools dpt mesej seperti ini...  jika banyak kredit sangat boleh jugak klu nak fwd TETAPI sila gantikan ayat jika fwd "insyaAllah mendapat kebaikan dariNya" dan padamkan "jika tidak fwd akan mendapat malapetaka tue..."

nie semua mesej songsang yang diusahakan oleh golongan tertentu yang sengaja menjatuhkan aqidah kita sebagai orang Islam.

kenapa aqidah pulak??
yelaa... sebab uools fwd sebab takutkan malapetakan yg di sebut dalam sms/email tu kan?? bukan kah kita patut percaya segalanya ditentukanNya? siapa percaya malapetak  yg terjadi sebab dek mesej songsang tadi sah2x dah rosak aqidah.

dan terbaru jika anda mendapat mesej spt di bawah pula... (tak habis2x ada lagi msg songsang nie yer??)
Gambar sekadar hiasan. TQ to Pak Google.

Yassin, Walqur a-nilhakim. Innakalaminal mursalin. A'la siratilmustaqim. Tanzilal azizir rahim. Litunzira qaumamma unziraaba uhum fahum ghafilun. Kirim surah Yassin ini kpd 7 insan digelar Islam. InsyaAllah esok anda akn m'nerima khbr yg baik dan rezeki anda sentiasa brda di tgn anda. JGN DELETE NI BETU2 JD KNYTAAN. Drp USTAZ M.ZUHAIRI. InsyaAllah mgkin ada yg trsirat drpd ayat di atas. Mudah2an ada brita baik esok.

deqlis terima daripada 012XXXXXXX... rasanya 2 hari lepas...

Mesej yang terbaru nie lebih bahaya sebab, sekali baca macam takde songsang....di mana tak tulis pula jika TAK FWD AKAN DAPAT MUSIBAH tetapi uools perasan tak pada beberapa ayat??  mata deqlis nie tertumpu pada ayat ni "JGN DELETE NI BETU2 JD KENYATAAN" hmm di sinilah terletak songsangnya mesej sms nie...  siapa dia atau orang mana yg boleh nak tentukan sesuatu itu benar2 menjadi kenyataan?? siapa??? nie nak sesatkan aqidah umat islam laa nie...  lepas tu deqlis baca lagi...mataku tertumpu pulak pada ayat "....rezeki anda sentiasa brda di tgn anda" wahh!!! nie lagi sesat barat atau sesat giller nie... tidakkan terfikir dek pemikiran bahawasanya rezeki itu di tangan Allah?? Allah yg berkuasa untuk memberi rezeki kepada kita dan pada bila2 masa shj juga Allah boleh menarik balik rezeki kita?? jgnlah sebab sms/mesej songsang nie...kita percaya rezeki dtg sebb fwd mesej tue atau bala datang sebab tak fwd mesej tue... plsssssssssssssss..pls laa tak percaya semua kandungan sms songsang macam nie...  jadi jika ada yg terima sms sebegini silalah jangan fwd2x ya... dan dengan segala hormatnya diberitahu tak perlulah nak fwd kepada deqlis... 

jika ada yg rajin nak beremail atau berblog untuk menyampaikan apa2 kebaikan tanpa ada kata2 yg bercampur aduk dengan kesesatan aqidah mahupun unsur-unsur khurafat, amatlah dialu-alukan... 

Harap sama2lah kita mencegah umat islam daripada terjerumus dengan keruntuhan aqidah...mudah2an entri kali ini memberi ilmu dan manfaat pada kita semua..

Sebenarnya ada byk lagi kategori mesej songsang nie yg perlu kita berhati2...jika tak sesatkan aqidah, ada pulak yang merosakkan akhlak, merosakkan minda dan mcm2 lagi.. contohnya macam di bawah nie

+6288210388974


Congratulations. Anda menang Hadiah wang Tunai RM10,000. From Petronas Berhad.
Hubungi talian office: 00628988836569. Terima Kasih.


oh! jgn mudah terpedaya...! baik sms, baik email, baik mms, baik surat berantai...semuanya baik delete dan jgn percaya okay.. jika hati dah terdetik percaya sebab yg berlaku esok lusa sebab sms songsang tue...dah dalam senyap syaitan dah bertepuk tangan tanda kemenangan... Awas ya...


P/S:  Sharing is caring. Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian yang mutlaq. Kecuali golongan yang beriman dan beramal saleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran”


1 comment:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Deqlis..k.atie tag Deqlis kt GA nie...http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2010/12/tudung-giveaway.html