Recent Post

Thursday, January 6, 2011

SHAHIR AF8 BERLAKON FILEM KARAK ARAHAN YUSRY KRU !


POSTER FILEM KARAK


Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.


Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Karak, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.


Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.


Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.


Haa..itu serba sedikit jalan cerita Filem Karak nie... sebenarnya banyak cerita seram yang pernah didengar di KARAK HIGHWAY nie yang dialami sendiri atau kawan-kawan mahupun sedare mare.. al-maklumlah my mum orang Pahang... jadi banyak cerita laluan KARAK nie.. cuma Volkswagen kuning nie deqlis tak pernah laa nampak... agaknyer masa deqlis kecik2x dulu kete ayah deqlis pun kuning tau..miahahaha..sebab tu tak kaco kot hehe..(aci tak?).. tp deqlis sendiri pernah lah alami kisah di Karak Highway nie... nak cerita ke?? haa nanti pada suatu hari yaa.. nanti panjang pulak entri nie.. 

Nak tengok ckit KARAK nie jom tgk kat sini...layanZzzzzz..:-)

No comments: