Recent Post

Monday, January 10, 2011

TAHNIAH ANA RAFFALI - JUARA AJL25


Tahniah kepada Ana Raffali kerana menamatkan teka-teki deqlis malah jutaan peminat AJL malam tadi. Sungguhpun keputusannya wow! namun bakat dan kemunculan Ana Raffali di persada seni dihargai dan diberi penghargaan yang pasti menjadi kenangan terindah buat penyanyi cantik manis ini. 

Sebenarny setelah menonton ke semua penyertaan malam tadi, deqlis sendiri tidak dapat meneka siapakah bakal juara... cuma deqlis dapat meneka Vokal Terbaik Hafiz yang sememangnya vokal mantap dan Persembahan Terbaik Faizal Tahir dengan terjun dalam air dan berenang apabila lirik "hanyut" dinyanyikan..mmg wow!! lain dari yang lain dan idea yang sungguh kreatif. 

Jika sebelum AJL25 disiarkan nama-nama seperti Yuna, Shahir, Stacy dan Faizal Tahir yang menjadi tekaan deqlis untuk menang AJL25... namun setelah habis persembahan kesemua calon pemenang AJL25 deqlis tak dapat nak meneka... sebab semua best2x.. persembahan semua pun tak mengecewakan. 

Jom tengok keputusan...!
Juara : 
Tolong Ingatkan Aku ~Ana Raffali
RM 35,000 + Trofi

Naib Juara :
Drama King ~ Meet Uncle Hussain dan Black
RM15,000 + Trofi

Tempat Ketiga : 

Noktah Cinta ~ Hafiz AF
RM 12, 000 + Trofi

Persembahan Terbaik: 
Hanyut ~ Faizal Tahir
RM 10,000 + Trofi

Vokal Terbaik : 
Noktah Cinta ~ Hafiz AF
RM 10, 000 + Trofi

Persembahan pembukaan dengan nyanyian Francisca Peter, Nash dan M.Nasir menampilkan evolusi AJL dari tahun 1986. Persembahan interlud pula meriah sekali dengan penampilan Datuk Sharifah Aini serba merah , Ziana Zain serba hitam menawan dan Datuk Siti Nurhaliza serba biru turqoise. Deqlis layan sekali persembahan Ziana Zain malam tue...wow! dasyat tui Ziana.. walau dah cecah 4 series dia tetap maintain...suara tetap superb!.. dengan gaya angkat kening...i like!! hehe.. 

Nampaknya malam tadi ada yang tidur lena...ada yang tak lena tidur koe?? hehe.. 

Sebenarnya keputusan yang WoW tue deqlis tak laa WOW sangat..cuma klu keputusan deqlis no.2 tu kasik kat Shahir/Stacy... miahahaha..leh gituw?? sebab lagu ciptaan Edry masuk 3..tetapi satu tak  menang... sedangkan lagu2x dia pun sedap2x... hmm itu kalau nama pun kalau.. pepun semua finalis AJL25 mmg best2x.. Tomok pun best tau.. oklah check ki dot dot dot..:-)



P/S: suka juga lagu duet Ana Raffali..."kalau berpacaran..." ^__^.. insyaAllah menang lagi utk AJL2011..^__^

3 comments:

Pembawa_Wacana said...

Sokong Ana Rafali menang!! Yeah!! :)

Amy Syaquena said...

tahniah kepada ana Rafali..

anishusna said...

bile akak annouce pemenang utk contest akak tu?
(reply kat shoutbox sye ye..)