Recent Post

Tuesday, February 1, 2011

HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

Selamat Hari Wilayah semua!!... Deqlis duk KL laa kiranya kan?? tetapi tak cuti gak..huk huk... kerja sendiri mana merasa cuti??ngehh ngehh... kerja sendiri ingat dah tak perlu berjaga malam, oohh tidakk, nampaknya kena jugak...cuma leh lepak2x laa kerja dalam rumah kan?? leh laaa free hair, leh santai2x gitu... klu kerja ngan company orang...tgh2 malam hingga pagi buta kerja haruslah menutup aurat..dan kena berada di lokasi pekerjaan itu diperlukan...contohnya jika perlu editing program tv, makan kenalah berada dalam bilik editing...

Oklah, sempena Hari Wilayah nie, deqlis nak senaraikan sikit keistimewaan KL dan apa yg tak best kat KL nie...hehe.. layan... haa..klu ada tambahan dari uools meh laa bg tau!.. kot deqlis tertinggal atau terlepas pandang...

Check it out...

APA KEISTIMEWAAN KL DARI KACA MATA KU...
  • Banyak shopping mall - of coz!! KL Syurga membeli-belah..dari gedung2x besar hingga ke Chow Kit Road!! hingga Jalan Masjid India...:-)
  • peluang pekerjaan yang tinggi/peluang perniagaan yang tinggi
  • terdapat restoran, kedai, gerai makanan, hotel yang menyajikan  pelbagai citarasa, dan boleh dapatkan pelbagai jenis masakan dari Melayu, Arab, India, Cina, Western dll semuanya di KL.
  • Lokasi pelancongan yang menarik.
  • Pelbagai kemudahan awam disediakan yakni negeri2x lain mungkin tiada. (cth monorel, LRT, dll)
  • Ramai pelancong dari luar negara spt Pak Arab, Minah Arab dan lain-lain...so boleh cuci2x mata tengok live diorang nie:-)) leh skodeng laa kire2nyer..hehe
APA YANG TAK BEST NYERR KL DARI KACA MATA KU..
  • Jammed!
  • Susah Parking
  • Parking mahal
  • banyak sangat pub, disco dan lain-lain.... 
  • sukar nak jumpa lautan asli....terdekat kena pergi Port Dickson untuk bermandi-manda...haha..
Hahaha... deqlis teringat masa kecik2x dulu orang tanya KL tu apa?? betui2 jawab "Kuala Lumpur"
nakal2x jawab "Kandang Lembu" ngeehhh... apa2x aje..

hmm korang jangan tanya deqlis ada kandang lembu ke kat KL nie?? takde maknenyer...! hmm siyes jawab mmg tak pernah nampak laa.. kandang kuda mungkin banyak.. paling terdekat ngan rumah deqlis ni adalah Equestrian Seri Kembangan yang berdekatan dengan Palaca of The Golden Horses...  siapa biasa lalu bulatan Lumba Kuda tue...hahhh!! holla holla holla!! mesti perasan kan??

Oklah..setakat ini dulu..

Opps ada tambahan sedikit.

Cadangan untuk mengurangkan jammed di KL?
  • Memperbanyakkan kemudahan pengangkutan awam
  • pengankutan awam yang lebih baik dan selesa serta kekerapan mengangkut penumpang dipertingkatkan.
  • Reward diberikan kepada mereka yang berkongsi kereta ke pejabat/ ke mana sahaja.
  • Contoh reward: tiket wayang, voucher shopping, voucher tol dll.
uools ada cadangan? 

1 comment:

Unknown said...

hari wilayah ke?
aiseh...langsung sya x tahu bila hari2 cuti kat malaysia ni...