Recent Post

Friday, March 4, 2011

Antara Makanan Mencegah Kolesterol

Pasti ramai yang tertanya-tanya, Kolesterol nie macam semua nak ditegah ke?? hmm sebenarnya ada kolesterol baik dan ada kolesterol jahat, jadi kita hendaklah mengurangkan risiko serangan jantung dengan menurunkan kadar kolesterol jahat. Hmm jangan ingat orang kurus tiada risiko serangan jantung atau terlebih kolestrol jahat ini ya!!.. kolesterol jahat akan menyerang orang-orang yang kurus selalunya melalui pembuluh darah.. haa..bila kolesterol dah masuk dalam darah..itu yang orang kurus sangat berisiko tinggi... Jadi tidak kira, orang kurus atau gemuk pun boleh menghadapai masalah jantung.. Jadi jom kita tengok 10 makanan mencegah kolesterol.


1. Kuaci -Kaya Kandungan Zat besi.Zat besi boleh turunkan kadar Kolestrol LDL(Jahat). Kuaci jenis tawar seperti biji labu dan bunga matahari mempunyai kadar Zat Besi yang lebih tinggi.
Bukan susahkan nak makan kuaci.. hari2 pun boleh.. 

2. Epal- Memakan sebiji Epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol. Ia menstabilkan kandungan zat & mencegah lemak dalam badan.
 epal hijau lagi bagus... (org kata makan kulitnya lebih berkhasiat, namun hati2 sebab sekarang nie byk kulit epal yang berkilat2x itu tak baik utk kesihatan...)

3.Oat-Serat mudah larut didalam Oat boleh mengurangkan risiko sakit jantung.
(nie klu pepagi mmg deqlis suka...dan klu nk tyr resepi oat tomyam leh cari2 dalam blog nie hehe)
4.Soya- Mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Mampu menghindarkan penyakit Jantung & diabetis. Kaya dengan Kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak dan menyusutkan kadar lemak LDL dan meningkatkan kadar lemak HDL (Baik)
Deqlis tak suka air soya, tapi deqlis suka tauhu...jadi mmg suka makan tauhu..oklah kan? ngeee

5.Kacang Tanah - Kacang yang dipanggang kaya dengan lemak HDL dan Vitamin E.
goreng pun sodap...nie mmg fav... klu p carrrefour mesti beli cap carrefour nyer kacang besau dan paling sodapppp !!

6.Jambu Batu - Mampu menurunkan kolestrol sebanyak 18.8%. Disyor mengambil 400g jambu batu sehari. Bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa mengetepikan diet seimbang.
Vitamin C didalam 100g Jambu batu sama dengan 2.5 bili Lemon.
Deqlis mmg faberet nie.. klu kuar dan jumpa org jual buah mesti beli...klu blk utara lalu R&R mestibeli kat gerai  buah berkilo-kilo...!! cuma satu ya! Jangan makan terlalu byk asam boi dia..merbahaya! leh jadik kanser payudara bg wanita& lelaki.

7.Buah Kering-Banyak jenis buah kering, tetapi limau dipercayai mengandungi lebih banyak Flavanoid yang mampu menyingkirkan lebihan lemak jahat.
Ini mmg feberet Deqlis dan ramai geng2x pompuan kan??hehe.. tp jgn makan terlebih jugak..bahaya sama macam asam boi itu!!!


8.Kiwi-Mengandungi banyak Vitamin C yang mencegah lemak Jahat.
jarang2x makan..tetapi suka makan Air Kiwi beli siap tue, dan klu beli kek buah mesti nakada kiwi dan strawberry...tetiba teringat kiwi kasut zaman sekolah2x dulu..hehe


9.Kismis-Membantu menurunkan 8% kolestrol dalam darah.Pada  yang inginmn menurunkan berat badan, makan 400g sehari.
Kalu kismis jangan kan 400 g sehari.. 4 kilo pun boleh.. haha!!..tp tak tahanlah manis..dan kekadangtakut beli kismin yang bukan manis original tetapi di tambah gula...haa dari nak rendah kolesterol kang dapat kencing manis plak!

10.Ikan Tuna-Mengandungi sumber asid lemak Omega 3 yang khususmelindungi Tubuhdari lemak LDL.
Tuna mmg fav deqlis...terus teringat Subway Tuna!!! nyum2x...makan tu hari2 pun takper haha...selain tu deqlis suka gak makan Ikan Keli ..hmm ikan keli ni pun sama,deqlis klu masak tak pernah...geli skit semacam! haha..tp klu nampak Ikan keli masak  Sambal deqlis mesti nak nyerr!!...

-Sumber; MASKULIN,Vol.88., Jan 2009

3 comments:

b a m b a m ' s said...

soya dan ikan tuna.. nyum2!! :P

Mama Zharfan said...

tq for the info. me click HB!

lawa header tu :)

:: Zanna :: said...

thanx kak info ini.. ^_^

Jom terjah blog zanna,Nak minta pendapat