Salam semua, hari ni deqlis nak bincang2x bual2x pasal kesihatan pula… al-maklumlah bila melihat ramai orang yang berpenyakit kronik bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia…deqlis rasa sikap mendengar kata doktor ketika sakit sahaja perlu diubah. Biasanya begitukan?? Tak kira tua ataupun muda, jika jumpa doktor pasti mendengar nasihat…hmm dengar ketika sakit sahajalahhh….bila dah sihat…mulalah lupa menjaga kesihatan.. Pulun makan selagi boleh…lupa dah nasihat doktor…kan ??….atau buat2x lupa..al-maklumlah dah sihat…
Bagi deqlis pula, nak makan boleh tetapi beringat… contohnya minum segelas kopi manis… selepas minum kopi, segeralah minum segelas air suam/air masak putih.. janganlah minum air oren pulak selang beberapa minit minum kopi tadi ..!! haa..minumlah air masak byk2x….bukan sahaja badan sihat..kulit kita pun sihat..
Bagaimana nak dapat badan yang sihat secara semulajadi??
Jawapannya?? Kenalah disiplin diri makan mengikut piramid makanan…haa..tentu uools semua sedia maklum apa itu piramid makanan bukan??? Cuma menjadi masalahnya adalah nak konsisten mengikutnya secara praktikal tu yang sangat2x susah!!… Perlukan disiplin yang tinggi… Hmm macam mana nak konsisten? Jika hari2x. kita hanya memakan junk food seperti kerepek, coklat, gula-gula, makanan diproses, makanan yang digoreng dan berlemak serta makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi…baru-bari nie deqlis ada membca buku Rahsia Awet Muda, rahsia kejelitaan dan Kecantikan Luaran dan dalaman ditulis oleh Dr Azimuth. Menurut beliau, jika beginilah cara pemakanan kita, pastinya sebelum umur 40 tahun kita akan menghadapi masalah penyakit yang kronik.
Selain mengamalkan piramid makanan, menambah diet kita dengan memakan vitamin dan makanan tambahan juga perlu..al-maklumlah kekadang kita makan juga jugak junk food, kekadang kita makan juga fast food…sememangnya masyarakat zaman moden sering terpukau dengan iklan tv mahupun radio…hmm memang teringin itu ini mengalahkan orang mengidam…hehe.. alih2x..sebulan sekali pasti makan KFC ..(haha deqlis laa tue) jadi sebaiknya amiklah vitamin atau makan tambahan… jenis herba lagi bagus…utk cover kesihatan kita…
Badan yang sihat juga perlukan udara yang sihat dan nyaman…apa lagi perlu beriadah… hirup udara segar… jangan dihirup udara asap kereta, lori tu.. jadi kena pergi taman, hutan atau tempat beriadah…boleh juga melakukan aktiviti jogging ke, futsal ker..badminton ker... Udara yang bersih adalah asas kesihatan selain air… klu udara kotor boleh sesak nafass oooo… bersenam sebaiknya 3 kali seminggu.. (alamak..! deqlis baru 1 kali seminggu… ingatkan diri sendiri nie….)
Untuk sihat dan awet muda… air sebanyak 8-10 gelas sehari perlu di minum…penting sebab air nie dapat menyahtoksin dalam badan… barulah kulit pun cantik… klu tak dahaga pun silalah minum…(ingatkan diri sendiri nieh)
Untuk Badan yang sihat semulajadi, jangan melibatkan diri dengan aktiviti tidak sihat seperti merokok, menghisap dadah, minuman keras (beralkohol) dan duduk melayari internet ke laman2x tak sepatutnya..(nie mmg ngan mental2x sekali tak sihat..) TAPI nak masuk blog deqlis takper…(miahahaha)..:-) heheh.. (senyum sikit)
Ehh.. lagi satu…sambil2x dok depan pc tue leh gak bersenam …deqlis ajor senam mata yer… p pandang kat luar tingkap mende2x yang jauh2x dalam 2-3 minit..pastu pandang bende yang dekat dengan uools…pastu pandang balik jauh.. buat 3-4 kali..jadi mata tu idaklerr lotehhh …J
Ok..selamat berblog dengan badan yang sihat!
-entri autopublish-
-line rosak lagik...!!!!!!!- huhu
No comments:
Post a Comment