Malam nie kisah Botol Susu Lee Chong Wei..!! oppss... jangan salah faham..sebenarnya deqlis nak cerita pasal pengharaman botol susu susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A' ...walaupun deqlis nie lum ada baby..tp deqlis prihatin tau...:) so para2x ibu buanglah botol susu yang berpolikarbonat ya!!..merbahaya tue.. selain itu pihak kerajaan mengharamkan botol susu itu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
(photo dari BH)
haa bukan deqlis nak tunjuk botol susu Lee Chong Wei..klu nak tgk kena redah rumah mak dia laa heheh..jgn mare aa..
Pasal Datuk lee Chong Wei, jom tinjau kemenangan yang didahagakan beliau selama nie...dan kemenangan yang diharapkan selama ini...Malaysia Boleh!!.. kemenangan ini menunjukkan sifat tidak mudah mengalah melawan WIRA unggul yang sukar dikalahkan LIN DAN..
Mesti persembahan antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan amat mengasyikkan dan memberansangkan erk... Dua-dua saling asak-mengasak dengan skill masing-masing. Akhirnya piala All England 2011 milik Datuk Lee Chong Wei setelah berjaya menundukkan pemain kebal dari China, Lin Dan dengan mata 21-17, 21-17 selama 52 minit. Balik Malaysia nanti bolehlah Chong Wei berehat kejap p spa ker atau dengan kerusi urut Osim heheh. penat kan Datuk?? hihi..
Kemenangan All England 2011 ini juga bermakna kemenangan kedua Lee Chong Wei secara berturut-turut sejak All England 2010. Tahun lalu Chong Wei bertemu pemain yang baru meningkat naik dari Jepun, Kenichi Tago di peringkat akhir dengan mata 21-19, 21-19. Lin Dan masa tu pula kalah kepada pemain senegaranya, Bao Chunlai. Apa-apa pun, tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas kemenangan yang dikecapinya...
Deqlis memang minat badminton...tp selalu frust menonggengg jer bila asik2x kalah...tp kali nie tak menghampakan....! teruja deqlis..sayang nya deqlis tak tgk Live... sempat tgk melalui internet jerkk..
tgk kat sini jerk...nie sempat print result:)
haa.. tahniah sekali lagi daripada deqlis.......moga LCW terus sukses... :-)
1 comment:
tu la, me nak kena tukar semua botol my baby ni heheh
Post a Comment