Recent Post

Tuesday, March 15, 2011

Drama Berkalong Noda

Hari Sabtu lepas siapa ada tengok cerekarama bertajuk Berkalong Noda? deqlis switch channel jer terus dah start draman nie... Nampak macam best...bila dah tengok memang best... 

Drama nie lakonan Fasha Sandha, Roy Azman,Riz Ainuddin dan Julia Zieglar. Fasha Sandha sebagai Karina adalah seorang isteri kepada Azrai, lakonan Roy. Mereka dikurniakan dua oarang cahaya mata bernama Yasmin dan Azmin.. Mak Mah antara orang yang bertanggungjawab menjaga makan minum keluarga tersebut serta menjadi pengasuh kepada dua beradik itu.. Pertemuan Karina dengan Jay lakonan Riz Ainuddin bermula di sebuah restoran dan kemudian mereka sering bertemu. Jay juga sudah berumahtangga dan mempunyai seorang isteri, Tini (Elyana). Jay terkenal sebagai seorang ‘gigolo’. Dia bijak mempergunakan wanita untuk kepentingan dirinya dan segala wang yang diterima, turut diberikannya kepada Tini. Kebodohan wanita bernama Karina terserlah apabila dia sanggup menghadiahkan sebuah kereta dan membeli sebuah rumah sebagai tempat untuk melepaskan nafsu mereka semata-mata. Kisah menjadi tragis apabila Kirana menjadi gila dan hidup tidak terurus setelah diceraikan talak 3 oleh suaminya Azrai. Pada mulanya Azrai ingin menyelamatkan rumahtangganya demi anak-anak, namun setelah Azrai menyelidik, Azrai merasa sungguh kesal dan keji terhadap perbuatan isterinya yang curang hingga menjalinkan perhubungan terlarang dengan Jay hingga mengaku Jay adalah suaminya. Paling menyedihkan Azrai, apabila saksi bertanya adakah ini isteri encik? jawapan Azrai "ya" buat masa ini..tetapi ...sambil masuk rumah besar tempat isterinya melakukan noda dengan melihat photo-photo isterinya bersama Jay dan kehidupan mereka memang persis suami dan isteri...Lantas Azrai melafazkan cerai talak 3 nya kepada Karina.

Pengajaran buat wanita agar takut dengan bisikan syaitan, jangan sesekali hilang maruah diri kerana menjadi isteri dan ibu itu satu anugerah yang tidak ternilai. 

Bagi deqlis alasan bosan, suami tidak romantik atau suami tak bawa bercuti atau melancong bukan alasan untuk bertindak di luar kehendak agama. Jika rasa suami tidak romantik...bercakap dengan suami agar romantik-romantik sedikit...hehe... dan si isteri pula harus memahami istilah romantik itu terlalu luas... jika suami kita bukan kategori romantik giller... romantik sikit pun dah bahagia...atau romantik komedi pun kena lah terima seadanya... dan bagi lelaki pula, tak salah sesekali romantik...tak luak pun duit anda untuk bersikap romantik, caring dan loving...eceh...

Soal tak bawak pergi melancong...(kalau ikutkan Karina nak pergi Genting/melancong dalam drama nie tetapi Azrai kata tunggu dia balik dari out-station) sepatutnya sebagai isteri, Karina harus sabar menanti dan melayan anak-anak di rumah dengan penyayang... bukan menolak dan menempek anak macam bukan anak sendiri... Deqlis geram betui part nie.... bila dah kena cerai jadi orang tak berapa siuman...habis semua kanak-kanak dia nak peluk ingat anak dia... baru nak ingat anak ke masa nie????? nasi dah jadi bubur..tak guna dah... klu jadi bubur lambuk tu sedap gak makan..heheh..opps lawak sikit..kih kih kih..

Sebenarnya, di dunia nyata pun deqlis pernah kes yang macam nie... macam2 versi laa.. pelik kan? isteru sanggup sekatil dengan lelaki lain??? macam tak percaya!!... sedangkan anak dah 2..



Sebelum drama berkalong Noda nie mula , teaser nya ada mempamirkan  kata-kata di bawah ini.

Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu,
jiwa di sebelah kananmu,
nafsu di sebelah kirimu,
dunia di sebelah belakangmu,
dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu,
Sedangkan Allah di atasmu

Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama,
jiwa mengajakmu ke arah maksiat,
nafsu mengajakmu memenuhi syahwat,
Dunia mengajakmu memilihnya dari akhirat,
dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa,

Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunanNya,
Sebagaimana firmanNya yang bermaksud
"...dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya..."


yang best nya mmg lakonan Fasha Sandha nie mantop...lakonan di atak pernah mengecewakan... (bg yg tak suka fasha sebab hal peribadi dia tu jgn laa mare......hmm deqlis tolak tepi hal peribadi mmg laa satu malaya tau, tp klu berlakon mmg fasha menjiwai watak, bab diri dia di luar drama deqlis pun tak suka klu betui suka rampas2x suami org..tp bab berlakon mmg deqlis suka fasha sandal nie ooppss..Sandha..)

P/S: deqlis sedih sebenarnya jika apa yg berlaku kepada Azrai terjadi kepada sahabat atau sedara-mara sendiri... Bak kata orang tua-tua, cubit peha kiri, peha kanan terasa... pahit unttuk ditelan namun padaNya sahaja tempat memohon petunjuk.

3 comments:

Chekgu Azrine said...

tag deqlis

http://chekguazrinedancontest.blogspot.com/2011/03/cool-wif-sunglass.html

Unknown said...

citer tu sentok suku jalan jer pastu blackout..huhuhu

blog deqlis dah bersalin baju rupanya. hmm..comel comel comel..

deqlis said...

ok tag dah beres....:)


haha..apahal tetiba blackout pulak??

hehe..salin baju kih kih kih..tq3x..