"dunia makin maju, tp akhlak makin mundur...adakah syaitan semakin sukses?? itukah yg kita mahu??"
adakah ini harga yang perlu kita bayar setelah mengecapi segala yang kita ada pada hari ini?
Mahukah kita melihat syaitan dan kuncu-kuncunya semakin sukses dari A-Z hingga kita yang pandai membaca pula menjadi buta hati?
-kes buli sesama pelajar
-kes bunuh diri
-kes dera bayi
-kes bunuh bayi
-kes buang anak
-kes anak bunuh bapak
-kes cikgu dengan pelajar
-kes tangkap khalwat/zina
-kes curi kereta
-kes rogol
-dan macam--macam lagi...
pandai membaca tetapi buta hati? fenomena begini terjadi dek kerana kurangnya mengamalkan ilmu agama walaupun berilmu, rakusnya terhadap dunia dan wang ringgit hingga hilang pedoman hidup..dan sikap berpura-pura tidak berilmu ataupun jenis yang tidak suka mencari ilmu.
dunia oh dunia, walaupun tempatmu hanya sementara, namun masih ramai yang leka. Hidup bagai menongkat langit, hidup bagaikan 100 tahun lagi. Sukakah kita syaitan semakin sukses??
dunia oh dunia..bagaikan sebiji labu...nampak di luar cantik pastinya manis di dalamnya...Namun itu hanya luarannya sahaja, apa jadi jika cantik di luar tetapi sedikit demi sedikit ulat memakannya dari dalam? labu yang dilihat segar dan cantik itu bakal kecut dan rosak jua apabila ulat makin berleluasa. Syaitan kini bukan setakat ada degree...syaitan sekarang bertaraf Master agaknya, sebab itu makin bermaharajalela...!
- Bapa lupa tanggungjawab kepada anak
- isteri curang kepada suami
- kawan makan kawan
- abang lupa tanggungjawab kepada adik-adik
- emak berdendam dengan anak
- ibu benci anak
-anak lupa mak bapak
- dan macam-macam lagi.
begitu lah kehidupan di dunia ini, jika nampak canggih dan cantik sahaja tetapi manusia semakin lupa jati diri, semakin rosak akhlaknya, semakin tipis imannya, semakin hilang pedomannya, apalah gunanya hanya cantik di luaran tetapi di dalamnya semakin longgar dan bakal runtuh satu demi satu?
p/s: Sekadar tulisan seorang yang inginkan kedamaian. Moga pembangunan materialistik akan elari dengan pembangunan insan dan rohani.
2 comments:
tak pernah lari dari masalah dunia...ianya bersifat sementara dan harus ditangani dgn kematangan diri hari ke hari...kuatkan jati diri, muhasabah dan ambil iktibar dari apa yg telah berlaku.
@[mamadiana]
Itula kan kak, macam2 dunia sekarang nis smpaikan kita rasa takut.. Adakah dunia sudah smpai ke penghujungnya??? Sama2lah kita renung2kan.. :)
Post a Comment