Recent Post

Wednesday, June 1, 2011

Asmara Bukan Untuk Zaliya!

Zaliya bukan untuk Asmara!..Ohh..! penuh emosi deqlis menonton episod akhir Asmara 2...nak-nak masa babak Zaliya dan Asmara di airport... huhu.. 

" dulu Zaliya tak nak Asmara, Zaliya tak nak Adam" sebab tu sekarang Zaliya kehilangan kedua-duanya!!! wooo sedih taw.... mak  nangiss...sob sob sob.... feeling tui laa menonton haha.. siyes deqlis nangis..haha..mudahnya air mataku mengalir... sian dekat Zaliya kan? sebab bapaknya mengatakan dia dah meninggal dunia, terus mengubah segalanya.

Pada pendapat deqlis, keputusan Zaliya adalah yang terbaik, sebab orang perempuan sahaja selalunya memahami perasaan perempuan lain. Kalau deqlis di tempat Zal pun, mungkin deqlis akan buat keputusan yang sama. Deqlis respek Asmara yang sedaya upaya menjaga hati isterinya Melati tue. Cuma sebagai penonton, deqlis teringin juga nak tengok kebahagian Zaliya bersama Asmara. 

Deqlis teka ada Asmara 3 haha... manalah tau, Melati dapat tahu yang Suhana adalah Zaliya, dan selama ini Zaliya mengalah untuk menjaga hatinya, jadi dia ingin menebus episod duka di hati Zaliya dengan pergi mencari Zaliya dan memujuknya pulang ke Malaysia. Memang cerita asmara nie penuh pergolakan Asmara ketiga-tiga mereka kan?, setelah menyedari Melati hilang dan keluar negara, akhirnya asmara cuba menjejaki  Melati. Semasa bertemu Melati, Asmara dapati ianya bersama Zaliya. Setelah dipujuk dan melihat anak mereka Adam yang telah dewasa, akhirnya mereka bersetuju untuk hidup bersama... wahh!! amacam?? setuju dakk?? ekeekeke.. dan ending nya, Zaliya dan Asmara masing2x dah tua, dan mereka menceritakan kisah hidup mereka kepada Adam. (wah wah wah...! berangan betui deqlis ngam skrip sendiri erkk??hihi, abg Rosyam klu pakai skrip Ai nie jgn lupa kasik royalti..hehe) :-)))

pepun dah Tamat ASMARA 2..kita tunggu jer drama baru nanti..agak2x best ke tak erk?? klu ada Asmara 3 nanti kita tengoklah macam mana sambungannya....

p/s: isshh nak kena call Abg Rosyam Nor nampaknya nie..hihi..:-)


6 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam deqlis..k,atie jarang tgk citer ASMARA nie..tp semlm last episode nk negok gak!hihi.

deqlis said...

w'salam kak tie, hihi:-) yg mana tinggal leh layan kat portal TV3..:) deqlis pun kekadang tinggal gak..sebb sibuk mende lain atau kuar rumah.

azura samsuddin said...

setuju ngan skrip deqlis, zura punbajet ada Asmara 3, ekceli x folo pun part 1 ritu, part 2 ni tgk tenggelam timbul tp tau jugaklah Suhana tu Zaliya he3 sedihkan ending smlm, harap sgt Asmara ckp 'jgn pergi' he3 merepek meraban tl zura ni ha3

Unknown said...

huhu sedih giler tngok ending dyer semalam tik tik ayaq mata jatuh heee :D

bawal crepe putih said...

part tetibe c asmara tengking melati tu pown, erk, cm nk nanges kot *ke aku swang je yg ase? haha

Ummi Wardina said...

memang best crita Asmara...everu week tak nak miss tgk....ending dia memang terbaik la....tak sedar air mata nie mengalir saat2 dia jumpa anak dia si Adam...adussss perasaan ibu memang selalu tersentuh bila bab2 gitu....pastu bab kat airport tu....'janji yer nanti bila adam nak besar kita cerita sama2' so sweet....harap2 ada Asmara 3....nak tgk adam besar n mereka bertiga story to Adam kisah mereka.....nak nak bila anak asmara n melati adalah pompuan.....:)