Recent Post

Friday, June 3, 2011

Chit Chat 2 Hari Tak Ber CGL

Salam uools semua...sorry yer ada yang tag deqlis utk jjoin CGL tak sempat join lagi... insyaAllah nanti free2x sikit deqlis join ya... Bukan apa diriku perlu rest seketika...pening pulak kepala nie... lepas tu deqlis busy jugak survey barang2x yg perlu dibeli utk bercuti nanti dan dalam masa yang sama dok pk macam mana nak menambahkan pendapatan..al-maklumlah bulan ramadhan bakal tiba...raya bakal menjelma..! (eceh tak sabar cam budak kecil lak deqlis hehe)..


2 hari tak aktif CGL nie memang laa terasa rindu... rindu kawan2x semua... rasa bagaikan 2 purnama tidak berblogging... fuhh... dalam masa tak berdepan lappy kesayangan nie, deqlis dok baca majalah InTrend edisi Jun.. Wah!! ada kuar berita pasal blogger popular Ben Ashaari dan Eqbalzack!.. tahniah!..banyak kali dah masuk magazine nie... deqlis lihat blogger Daniel Addie pun ada masuk majalah yang sama....caiyok! nampaknya blogger lelaki makin popular dan menjadi sisipan untuk majalah sensasi. Blogger wanita bila pula?? (bajet nak masuk majalah haha...!) ohh ku sedar diri ini siapa...blog kecil dan hanya bertaburan persis zarah2x halus. Namapun zarah..! haa tak nampaknya kan?? huhu.. pepun happy sebab blog2x yg deqlis suka bertandang masuk majalah ooii..! congratz


pepun tahun nie deqlis berazam merebut Ramadhan lebih lagi dari tahun-tahun sebelumnya.... jadi nak tambah amalan dan tidak lepas juga untuk menambah pendapatan selain nak berbelanja nanti, pastinya nak settle kan segala hutang piutang..haha.. (al-maklumlah hutang banyak nie...haha)... alhamdulillah dah mula membayar sedikit demi sedikit..haha.. dan lepas nie nak pastikan mana-mana  hutang atas nama ku tetapi orang lain yang guna nama itu akan dibayar segera..hohohoha pressure dibuatnya...tetapi itulah adat kehidupan yang perlu dilalui. tak tolong salah, menolong salah... Hidup perlu diteruskan dan belajar dari pengalaman. Yang penting, deqlis mmg berazam hidup tanpa berhutang!!...perrghh mampu kah aku?? sebab beli keta pun hutang kan?? nak beli rumah pun..huhu...  haha..apadaaa deqlis merepek sampai isu hutang pulak nie...pepun deqlis nak hidup bebas hutang setelah cecah umur 40-45 tahun...boleh ke?? uhhh...harap2xlah...sebab diriku tahu hukumnya berhutang....dan mana2x yg berhutang dgn ku sila bayar ya..!! ahakz.. (sempat lagik tue...) hihi..


p/s: sentiasa nak perbaiki diri dari masa ke semasa...dan do the best for everything..:-) peace no war!



1 comment:

Unknown said...

sya pun cuba mengamalkan hidup tanpa berhutang.. kurangkan perbelanjaan dan amalkan tabiat menyimpan selalu