Recent Post

Monday, June 6, 2011

Menang Tiket Wayang Lagi!!

THANKS...

Alhamdulillah deqlis menang lagi tiket wayang..kali nie dari newskaki.com.
deqlis dapat email kemenangan pada 4 Jun 2011 jam 5.15 petang lepas...

tapi baru nak wat entri nie hari nie heheh... oklah sambil ku menanti tiket nya tiba..hehe..
tak silap deqlis cerita nie akan berada di pawagam mulai 9 Jun ini ...

JOm BACA SINOPSIS cerita nie (dipetik dari majalah karangkraf):

Adaptasi komik ke filem kini menjadi satu trend yang disukai ramai. Filem-filem ini selalunya mendapat sambutan cukup hebat ketika ditayangkan. Apatah lagi jika ia dipanjangkan dari siri komik popular yang mempunyai pengikut setianya yang tersendiri.

Terbaharu, ‘Dylan Dog: Dead of Night’ arahanKelvin Munroe ini mengikut trend yang sama. Meminjam kisah daripada komik terlaris dari Itali, ‘Dylan Dog’, karya Tiziano Sclavi yang pernah diterbitkan pada tahun 1986, filem ini tampil memberi kelainan dari segi jalan ceritanya. Filem yang mempertaruhkan hero kacak, Brandon Routh yang sebelum ini cukup dikenali melalui ‘Superman Returns’ ini mengisahkan tentang Dylan, seorang detektif bersemangat kental yang meninggalkan dunia puntianak, zombi dan serigala jadian setelah kehilangan kekasihnya. 

Kisahnya bermula apabila seorang wanita misteri yang dalam kesusahan, Elizabeth, (Anita Briem) mengupahnya untuk menyelesaikan kes pembunuhan misteri bapanya. Dylan menemui helaian bulu serigala jadian di tempat kejadian menyedari misteri ini bakal membawanya kembali ke dunia tersebut. Pada mulanya, Dylan cuba menolak kes ini, namun apabila kawan baiknya sendiri, Marcus (Sam Huntington) ditemui mati dibunuh dan ‘hidup’ kembali menjadi zombi, dia mengubah keputusannya dan mahu melakukan sesuatu.

Bertekad mencari jawapan, Dylan bersemuka dengan teman lamanya dan juga seorang musuh lama. Gabriel, pemimpin kumpulan Serigala Jadian (Peter Stormare), masih menunjukkan rasa hormatnya pada Dylan namun dia menggesanyauntuk meneruskan niatnya bersara. Vargas, pemimpin golongan Puntianak (Taye Diggs), menunjukkan kebenciannya terhadap kemunculan semula Dylan dengan menugaskan sekumpulan samseng yang hauskan darah untuk menamatkan riwayatnya sebelum dia menumpaskan rancangan jahat Vargas yang mahukan Puntianak mendominasi dunia.

Kini, Dylan, Marcus dan Elizabeth mengejar masa untuk mencari sebuah objek kejahatan purbakalayang mampu mengganggu keseimbangan antara dunia manusia dan makhluk paranormal itu. Apakah Dylan Berjaya menyelesaikan misinya? Untuk mengetahui kesudahan kisah menarik ini, pastinya deqlis akan pergi menonton dan uools pun jom laa menjadi salah seorang yang menonton ‘Dylan Dog Dead Of Night’ di pawagam yang berhampiran mulai 9 Jun ini. eh promosi lak..hihi:-)


4 comments:

ezy.fia said...

akk..kalo sudi meh join ni..

http://lemonribena.blogspot.com/2011/06/cik-ezy-nak-bagi-hadiah-ni-cepat-join.html

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

tahniah Deqlis!!muarah rezeki yer..Alhamdllh.blh minta tlg vote k.atie tak?...

tiefazatie said...

murah betol rezeki sis nie..tahnaih!

Sharinginfoz said...

tahniah, saya dapat yang nuff, malam ini nak tengok