Recent Post

Thursday, July 28, 2011

Nasi Kandar Atas Lantai?? Biar Betui???

Tapi mmg betui...mesti uools dah baca berita kat Sinarharian hari nie kan?? Ya Allah pengotor betui peniaga nie yer?? agak2x laa..takkan takde periuk/besen nak letak makanan?? ada ke nasi letak atas lantai?? eeii geli geleman pulak deqlis dengar....dah laa peminat nasi kandar...kembang my tekak...!! nasiblaa tak pernah makan dekat sebuah kedai di Lebuh Queen, Georgetown. Rasa2xnya orang Penang tau laa naa?? kedai mana satu...tadi try jugak goggle kedai nasi kandar apa yg dok ada kat Lebuh Queen tue...??.. ..kena risik2x laa......... siapa orang Penang?..pls2x inform deqlis.... mmg kena boikot kedai tue.... tak masuk laa kedainya klu p cari makan kat Penang...

Jom baca berita penuh

GEORGETOWN – Nasi kandar atas lantai, itulah realitinya yang berlaku ketika operasi pemeriksaan dijalankan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di sebuah kedai nasi kandar di Lebuh Queen. 

Daripada sumber yang diperoleh kedai nasi kandar berkenaan sememangnya menjadi tumpuan orang ramai. 

Malah ketika operasi dilakukan, pelanggan beratur panjang untuk mendapatkan lauk di kedai berkenaan. 

Keadaan di bahagian luar nampak biasa sahaja, tapi siapa tahu rupa-rupanya dua periuk nasi kandar diletakkan begitu sahaja di atas lantai, malah ada bahan mentah yang turut diletakkan di bawah saja. 

Tambahan lagi MPPP sudah mengeluarkan kompaun berikutan lantai restoran nasi kandar itu kotor kerana basah dan berminyak. 

Bukan itu sahaja, keadaan lantai di bahagian dapur juga kotor dan tidak bersih sepertimana di bahagian tempat duduk pelanggan. 

Ketika Bahagian Perlesenan MPPP membuat pemeriksaan di bahagian dapur didapati ada antara pekerja kedai nasi kandar sibuk membasuh bahagian tempat masak kerana bimbang dikompaun. 

Namun, kesalahan mereka masih lagi dapat dikesan apabila kuali dan periuk dibasuh di bahagian bawah dengan tidak menggunakan perangkap gris. 

Sedangkan singki yang dipasang dengan perangkap gris langsung tidak digunakan untuk membasuh peralatan memasak. 



9 comments:

Unknown said...

bwekkk!! takmo makan nasi kandar la lau pegi penang camni..

CIK JATT said...

eeii.. geli geli. gile pengotor. tak tau la pulak kedai mana nih, tapi confirm tak pernah makan. sebab tak pernah makan area situ.

tiefazatie said...

isk..adui la..xsenonoh btol..

Izzati Liyana Sabri said...

ee. pengotor betul la. berdosa taw.. tak berkat rezeki buat pelanggan mcm tu. xde rasa tanggugjawab betul.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Deqlis...pengotor betul lah!Sbb tue k.atie xpernah masuk kedai mamak...mcm2 citer pernah dgr...

deqlis said...

to PN: tu laa wekkk!

to cik Jatt: entah laa klu search kuar Nasi Kandar Tajuddin mende ntah...tp tak tau laa kat Lebuh Queen tu ada brp byk kedai nasi kandar kan?? sib baik laa tk pernah makan kat area tue...

deqlis said...

to tiefazatie: mmg pun..

deqlis said...

to izzati liyana: itulah meniaga nk untung jerk.. tak pk halal haram, berkat berkat nie...

deqlis said...

w'salam, tu laa pengotor betui...deqlis ni suka gak masuk..tp mmg kena pilih2 kedai... deqlis biasanya akn masuk kedai yg tulis no pet allowed... sebb kadang2x yg bawak anjing duk kat kerusi sesama makan...adehhh...abis..bulu2x anjing tu tak terbang ke?? silap2x masuk pinggan kita... deqlis check dapur/tandas dulu baru makan..klu teruk tu cancel tak jadik makan..