Salam uools...ramadhan lagi beberapa hari jer lagi.. selamat berpuasa deqlis ucapkan....untuk yang minat memasak ..rancangan TV spt Ala Carte dan Ketuk-ketuk Ramadhan pasti tidak boleh dilepaskan utk ditonton..selain meminati rancangan memasak Selebriti Chef, (tp tak tahu laa bulan puasa nie masih on atau tak rancangan nie)....deqlis juga suka rancangan memasak kelolaan Chef Wan.:-) kira semua rancangan masak2x deqlis suka laa...dulu AFC tu fav channel tue...tp sejak dah potong Asterok...mmg tak dpt laa tgk lagik..huhu...
Jom baca petikan berita pasal Program Ala Carte Musim ke-3
BERSESUAIAN dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang Ogos ini, program Ala Carte musim ke-3 kini kembali dengan pelbagai resipi menarik dan chef baharu.
Tampil segar dan berwajah baharu, Ala Carte ! kali ini menampilkan Chef Norman Musa dan bakal menjanjikan segmen menarik dan resipi-resipi yang enak.
Program ini bagaimanapun tetap mengekalkan gayanya yang bersahaja, urban dan tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip yang sedia ada.
"Chef Norman akan bersama beberapa tetamu jemputan istimewa untuk menyediakan resipi kegemaran mereka," ujar penerbit Ala Carte 3," Aeizul Reeza Ismail.
Menurutnya lagi, Ala Carte musim ini juga menyelitkan segmen baharu iaitu tetamu jemputan diminta memilih dan membeli ramuan yang diperlukan untuk memasak selepas berbincang bersama Chef Norman.
"Segmen seterusnya pula akan mengimbau kembali kenangan dan memori bersama tetamu jemputan sebelum beralih kepafa penyediaan hidangan yang seterusnya dan diakhiri segmen menikmati hidangan bersama-sama.
"Dengan konsep temu bual kali ini, para penonton dapat mengenali tetamu jemputan program ini dengan lebih dekat antaranya ialah Ning Baizura, Jonathan Putra, Sharon Bakar, Sasha Bashir, Steve Thornton dan Juliana Evans," ujarnya.
Tambahnya: "Hidangan ditampilkan kali ini ringkas dan mudah untuk dipelajari, tambahan pula ia mendapat sentuhan Chef Norman dan dengan personalitinya yang peramah pasti menjadikan memasak adalah sesuatu yang menarik dan menggembirakan."
Tidak lengkap menonton program ini tanpa mengenali serba sedikit tentang Chef Norman. "Saya memiliki sebuah restoran yang diberi nama Ning di United Kingdom," ujarnya.
Tambah Norman: "Selain menjadi Chef Eksekutif restoran itu, saya juga menguruskan sebuah sekolah memasak dengan pengkhususan menyediakan makanan citarasa Malaysia di United Kingdom."
Menyingkap kembali sejarah bagaimana dirinya boleh menjadi seorang chef di Manchester, United Kingdom, anak kelahiran Butterworth, Pulau Pinang itu sebenarnya telah melanjutkan pelajaran di Universiti of Portsmouth, London pada tahun 1994.
Namun bidang yang dipilihnya itu bukan bidang masakan tetapi bidang kajian ukur bahan. "Selepas memperolehi ijazah dan bergelar graduan pada tahun 1997, saya kemudian mendapat pekerjaan pertama sebagai juruukur bahan di Bournemouth sebelum berpindah ke London pada 1999," katanya.
Pada tahun 2003, Norman kemudian berpindah ke Manchester dan masih dengan kerjayanya sebagai juruukur bahan. Pada 2006, dia memulakan projek restorannya yang dikenali sebagai Ning yang terletak di Nothern Quater, Manchester itu.
Justeru, jika ingin mengenali lebih lanjut Chef Norman dan bagaimana cara dia mengendalikan program masakan, ikuti Ala Carte 3 di saluran ntv7. Program 13 episod ini akan bersiaran setiap hari Rabu, pukul 7.30 malam bermula hari ini, 27 Julai.
Program Ketuk-ketuk Ramdhan juga seronok di tonton, yg tahun2x lepas pun best kan? suka tgk artis2x cuak2x masak...hehe.. telatah Sheila Rusly mmg menggamit dapur..heheh..Ramai selebriti yang dijemput sebagai tetamu dalam rancangan ini thn nie. Antaranya Natasha Hudson, Irma Hasmie, Linda Onn, Fauzi Nawawi, Wardinah Saffiyah, Shahir SF, Ayu Raudah dan ramai lagi.
yang nie Sheila Rusly dengan Alyah... ...hmm deqlis dah terbekenan baju belang2x Sheila Rusly tue laa...
mana nak beli erkk?? cantik pulak nampak dia pakai..:-)
oklah selamat menonton..
thanks rajin baca ini blog:)
No comments:
Post a Comment