AMPANG: Biarpun Penasihat Pertubuhan Belia Islam Ampang, Ustaz Fazlul Rahimi menyarankan supaya Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 32, terus membabitkan diri dalam dunia hiburan berlandaskan syiar Islam, saranan itu tidak sedikit pun mengubah pendirian Waheeda untuk muncul semula.
Malah, Waheeda terus komited dengan pendiriannya untuk tidak mahu kembali dengan alasan hukum menyanyi pada asalnya adalah harus tetapi ‘sebab-sebab tertentu’ menjadikan karier yang pernah diceburinya adalah haram.
Kata Waheeda, kesukaran menjaga solat dan keadaan persekitaran dalam dunia hiburan yang ‘merimaskan’ memaksanya membuat keputusan meninggalkan kerjaya itu selama-lamanya.
Itu dinyatakan ketika Waheeda menjadi ahli panel satu program bual bicara berjudul Komplikasi Islam dan Iman Membawa Ketenangan anjuran pengurusan masjid al-Azim, Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu disaksikan kira-kira 400 jemaah.
Difahamkan, program bual bicara terbabit adalah ceramah pertama berbentuk serius disampaikan bekas selebriti berkenaan mengikuti jejak suaminya, Akhil Hayy.
Dalam program itu, antara yang memberikan ceramah adalah pensyarah British Malaysia Institut (BMI) yang juga penceramah, Ustaz Farhan Sudduq dan bekas gitaris, Sham Kamikaze.
Menurut Waheeda, biarpun menerima saranan kembali ke dunia hiburan dengan kemunculan semulanya membawakan watak yang menyampaikan kesenian Islam namun dia bertekad tidak mahu kembali lagi ke dunia itu dengan memberikan alasannya.
“Saya serik dengan dunia hiburan, amat sukar untuk berwuduk dan menjaga solat. Kita tahu artis rindukan Allah SWT namun persekitaran merimaskan membuatkan kita leka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.
Alhamdulillah Waheeda Wasssini mengambil keputusan sedemikian. Pandangan deqlis yang pernah juga berkecimpung dalam dunia hiburan nie (belakang tabir) sememangnya "agak sukar itu" mmg dipersetujui, tambah2x lagi jika mendapat ketua/bos yang tak memahami waktu solat dan sebagainya. Ada juga bos yg marah kita keluar utk bersolat...
Siyes pengalaman deqlis sendiri yang merasa sedih, surau atas nama sahaja...sebabnya semasa sesuatu event yang melibatkan xtvt artis di luar, ada booth2x yg byk,... terdapat booth khas utk surau...di luarnya tertera surau...senyum girang deqlis nk menunaikan Maghrib tengok banyak kasut di muka pintu.....tetapi alangkah sedihnya bila masuk ke dalam bukan kasut org nak solat...! Rupanya tempat yg di khaskan utk solat itu di buat untuk tempat latihan tarian pulak. tiada seorang pun yang solat di situ, sehinggakan deqlis pulak terpaksa tanya (me pulak rasa segan), betui kah ini surau? salah seorang nya menjawab ya!... deqlis pun solat (selamba jer...takde sejadah pun, me alas dengan kain towel kecik) ..nasiblaa ada bawak telekung sendiri... dalam hati deqlis masa tu rasa sedih sangat, sebab melihat keadaan, walaupun tempat di sediakan (sekadar cukup syarat) tetapi langsung tidak digunakan sebaiknya.... itu satu contoh, banyak lagi contoh lain yg malas laa deqlis nak cerita dekat sini... byk cabaran dan dugaan.
Jadi deqlis setuju tindakan Waheeda... rezeki ada di mana, sikit banyak tu ketentuanNya.. macam deqlis laa.. rasa bekerja sendiri tu lebih baik kerana kita yang boleh jadual sendiri kehidupan kita. Walaupun kerja sendiri tu tak semudah yang di sangka, tapi perlahan-perlahan deqlis cuba... kini deqlis cuba juga apply kerja2x kewartawanan...deqlis ingat ingin menjadi wartawan majalah.. selain menjalankan perniagaan ..sebab terasa rindu jugak dengan dunia kewartawanan...:-) doa-doakanlah ada rezeki deqlis jadi wartawan majalah spt majalah Rasa ke, Wanita ke sebab deqlis minat..... klu dapat freelance pun ok..:-)
5 comments:
insyaAllah ada rezeki deqlis nnti tak kemana
sbb tu kta lebih prefer kej opis..bukan nak senang goyang kaki mengadap komputer..at least ada masa nak dikhaskan tuk solat..
Hmmmm .. SUsahnyeee .. Lebih baik jangan la kalau macam tu .. Artis2 kita yg ada tu cmne la diaorg jaga solat mereka yee .. hmmmm
muga apa yg diimpikan deqlis trcapai... :)
to amiey lee: thanks..
to AdiaLuze: artis2x tak semua yg tak jaga solat... tp tulah susah klu "org dlm dunia itu sendiri tak tekankan soal solat"
bayangkan program siaran langsung yg start jam 8malam/9 malam tp make up session dah start jam 4 petang... so?
to lurun namzar: terima kasih. mudah2an di permudahkanNya.Amin.
Post a Comment