Recent Post

Sunday, July 17, 2011

Rini AF7 Kahwin 17 Julai 2011?

TANGGAL 17 Julai ini, Rini bakal menamatkan zaman solonya selepas tujuh tahun menyulam cinta.
Bekas bintang Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu akan disatukan dengan jejaka pilihan, Johanis Nordin, 29, pendidik berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Rini ketika ditemui di Program Sarapan Pagi Bersama Berita Harian di Presint 9, Putrajaya, baru-baru ini begitu gembira dan teruja malah berdebar-debar apabila tinggal seminggu dirinya bakal bergelar seorang isteri. Menceritakan detik perkenalan mereka, anak kelahiran Kajang, Selangor berkata, ia bermula sewaktu sama-sama mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, tujuh tahun lalu sebelum cinta dan kasih disatukan.Sepanjang perkenalan, pelbagai kenangan manis ditempuhi mereka berdua hingga akhirnya sepakat untuk bersatu selepas berbincang untuk melayari alam perkahwinan sebagai pasangan suami isteri yang sah.Mereka bertunang dua tahun lalu dan memilih 17 Julai untuk disatukan. Bukan sengaja menangguhkan perkara baik dengan mengikat pertunangan terlalu lama tetapi kerana pelbagai komitmen perlu dilakukan dan dilaksanakan selain sibuk dengan kerjaya seni. “Majlis akad nikah akan diadakan pada 16 Julai, jam 5 petang di Bandar Baru Bangi diikuti majlis persandingan pada keesokan harinya di tempat yang sama bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang. Manakala majlis bagi pihak lelaki akan diadakan pada 23 Julai,” katanya. Apa yang menarik, kad kahwin yang diberikan berkonsepkan buku sekolah direka khas Johanis amat unik dan menarik selain isi kandungan untuk nama jemputan dan lain-lain sama seperti buku sekolah. Rini mengakui berdebar menanti detik bergelar isteri namun berharap dan berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan dari awal hingga akhir majlis. Apa yang melegakan Rini, baju pernikahan, persandingan, mekap serta pelamin mendapat tajaan Mentari Kreatif manakala katering pula dari Sataza Catering. “Selepas bergelar isteri, aktiviti seni akan diteruskan kerana bakal suami memberikan keizinan. Saya juga akan sibuk dengan undangan nyanyian selepas lahir single Mainan Jiwa dan single terbaru, Penipu bakal menyusul. “Mainan jiwa ciptaan komposer terkenal, Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad manakala Penipu baru saja dilancarkan dan kini saya giat mempromosikan di seluruh negara,” katanya.

sumber: Berita Harian...

hmm gambo nikah dia lum kuar lagik ker erk?? Pepun nanti kita nantikan gambar nikah dan persandingan Rini AF7 pulak....




Thanks baca n3 nie... jom vote me atau join GA LIKE THIS PICCA

berminat dengan Samsung Galaxy Tab? klik sini

nak Pandu Uji Vios? klik sini

Jom Usha Samsung Corby II klik sini
Thanks

1 comment:

Anne Wahid said...

ramai pulak artis kahwin tahun ni....


New Entry: Team Medical Dragon 1