Recent Post

Friday, August 12, 2011

Haiiii!! Mohon maaf macam tu jerr ker??


Salam uools, perasan tak kes Akhbar The Star mempromosikan Ramadan Delights yang ada hidangan khinzir tempohari? Aii....takkan mintak maaf jer kot?? patut kena saman laa... ada ke patut Ramadan Delights ada menu "daging Khinzir"? kot yer pun nk buat artikel pasal tempat berbuka puasa special....carilaa tempat2x makan yang berciri islamic sikit banyak!....tempat yg ada kemudahan surau selain dok fokus pada menu makanan sahaja.... inikan pulak highlight daging khinzir?? apa motif?? dah macam menghina umat islam pulak... dan buat pengusaha2x restoran di luar sana, klu kedai awak tu ada jual daging salai haram, air haram dalam botol tu, jangan laa dok gatal2x buat promosi "Ramadhan Buffet" yer...geram pulak deqlis tgk pub2x kat KL (klu lalu area bandar KL) mmg ada nampak, pub2x pun sibuk laa nak ber Ramadhan Buffet..tayang banner sana sini.....agak2x laa..tempat awak tu tempat maksiat...ada hati nak ber ramadhan buffet special gak??? ... harap pihak berwajib amik tindakan kepada premis2x perniagaan yang tidak sesuai mengadakan Ramadhan Buffet nie... buat pengusaha tak sedar diri tu...jangan ambil kesempatan promosi biz yang tak halal di ramadhan nie menggunakan perkataan Ramadhan...  tak sensitifkan perkataan itu dari Bulan Islam? bukan untuk enjoy2x macam April Fool!!!!!!!


dan buat yg Islam nie pun ...pilih2x laa tempat berbuka...jangan kawan ajak je pergi..ntah ada daging salai haram atau rendang daging khinzir baru laa tau...! Hati2x.yer..byk sangat yg mengelirukan sekarang...pilihlaa yg gerai biasa pun asalkan halal dan suci... PARAM pun banyak..


Petikan di bawah dari MSTAR.

Akhbar The Star pada Jumaat memohon maaf secara terbuka kepada pembaca beragama Islam berhubung tersiarnya iklan dan berita mempromosikan restoran tidak halal dalam sisipan bertajuk Ramadan Delights, Rabu.


The Star amat kesal di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pembaca beragama Islam.


Pada Khamis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.


Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.


Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.


"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.


Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
http://mstar.com.my/berita/cerita.as...c=mstar_berita


Nie picca paper tue... adeh... mcm mana laa editor leh lepas sisipan yang sebegini?? Baru tinggal kat Malaysia nie sehari dua ke apa? atau pura-pura tak tahu??? Sebagai editor dan wartawan sepatutnya faham etika kerja dan menjalankan tugas edit berita-berita sebelum tersiar? tak gitu??Apa kata uools?

7 comments:

Anonymous said...

xpatot!

Unknown said...

x patot lgsg

TS said...

xtahu nak ckp ape..

Mama Zharfan said...

sungguh tak patut ..huh

Anne Wahid said...

adeh...sabar je lah....sekarang macam semua mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan......berhati-hatilah kalau memilih tempat untuk berbuka...lagi selamat masak sendiri dan makan di rumah....betul tak kak? heheheehhe




New Entry: Terawih

Makbed said...

kesilapan yang menunjukkan si pembuat tu buta hati dan tidak peka.

♥cikmOt♥ said...

aduyaii...cam gini kesilapan pun ada...ke saje jek ni...