Recent Post

Thursday, August 11, 2011

"Kalau Kita Berniat Nak Jadi Baik, InsyaAllah Allah akan hantar orang yang baik-baik berkawan dengan kita"

itulah ayat yang menyentuh hati deqlis apabila sempat menonton "Ini Kisahku" episod Wardina malam tadi di TV9. 

Sememangnya jika kita ingin berubah, pastinya ada jalan yang dipermudahkanNya kepada kita walaupun mungkin dalam secubit rintangan. Setiap orang ada kisah tersendiri. Deqlis tumpang gembira dengan perubahan Wardina. Masih teringat lagi suatu ketika dahulu Tudung Wardina begitu popular dan menjadi ikutan peminat setianya. Termasuk pemilik blog merah ini. 

Kalau kita tak mempunyai niat untuk menjadi baik, maka kawan2x yang tidak baiklah yang akan menjahanamkan akhlak dan aqidah kita... jadi pilihlaa kawan yang baik, insyaAllah jika kita tak menjadi 100% sepertinya, dapat 20% pun dah membawa kepada fasa yang lebih baik. Setiap hari akan terus menjadi lebih baik dan baik..insyaAllah moga Dia sentiasa merahmati, menyayangi dan membuka jalan terbaik buat kita muslimin dan muslimat. 

Salam Ramadhan.

5 comments:

.: iEyLa :. said...

tgk ayat tu pon saye da tahu da ayat sape..
untungnye dapat hidayah dar-Nya..

"saye bersyukur sebab dgn keputusan saye berhijrahla saye mengenali orang baik2 yang Allah kurniakan pada saye"

Anum said...

apa-apa pun yang kita buat bergantung pada niat kita

Zura said...

org cakap...macam mana kawan kite..itulah sbnarnye diri kita..:)

NM02 said...

dah tgk wardina, dia mmg cantek

Fathin Fazila Razali said...

assalammualaikum.. zyla sentiasa cuba utk berubah utk bertambah baik. dan selalu berharap seorang insan yang zyla sayangi akan berubah jugak dn sedar apa yang dia lakukan sekrg. zyla sentiasa menanti dia..