Recent Post

Wednesday, August 10, 2011

Pertandingan Hias Laman Web/Blog Dengan Jalur Gemilang Dan Menang Hadiah Berjumlah RM7,500 !


Salam uools....

Psst ! Psst ! Nak bagi tau nie. Sempena Bulan Kemerdekaan ini Kumpulan Utusan telah menganjurkan pertandingan menghias laman web/blog dengan Jalur Gemilang. Hadiahnya .. Wow ! Memang lumayan sekali. Berjumlah RM7,500.00, Ringgit Malaysia Tujuh Ribu Lima Ratus Ringgit Sahaja. Macam mana ? Menarik bukan ! Deqlis dapat tahu nie sebab bw dekat blog http://www.anastasyea.com/ semalam...jadi hari ini bersemangat nak touch up blog nie..... 



Deqlis copy dari blog Ana yer + add ayat deqlis..:)

Syarat² penyertaan. Mudah sahaja ! Hanya perlu hiaskan blog anda se kreatif yang boleh dengan Jalur Gemilang. Tak kisah lah kat banner ke ! background ke ! Yang penting ada Jalur Gemilang. Tak ada Jalur Gemilang .. terus disqualified.

Lagi satu .. jangan lupa masukkan sekali logo rasmi kempen Sayangi 1Malaysia, Kibarkan Jalur Gemilang. Yang ini, kalau nak ambik kat blog saya nie pun boleh. Copy paste je k ! Dah siap semua tu. Cepat² rakan foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "Screenshot" dan hantar dengan mengisi Borang Penyertaan ini.

Peraduan tidak terhad untuk laman web/blog di dalam Malaysia sahaja. Kalau yang berada di luar negara nak join sama pun boleh. Janji laman web/blog tu 100% dimiliki oleh rakyat Malaysia. Bahasa yang digunakan juga BEBAS. Tak kisah la samada menggunakan Bahasa Rasmi Malaysia (Bahasa Melayu), English, Kantonis, Tamil dan lain² lagi. Syarat² lain, boleh diperolehi di SINI.


Jadi apa tunggu lagi. Masa nie la nak tunjukkan Semangat Patriotik rakyat Malaysia. Design cantik². Mana tau ! Sambil² tunjukkan bakat terpendam. Boleh juga menang hadiah utama. Jangan dok ingat nak raya je k ! Hehehehe !

Deqlis baru jer hantar penyertaan. hehe.. kasik semangat patriotitk kat vlog merah nie...kebetulan deqlis mmg ada gambor kenangan2x sambut merdeka dulu2x..jadi edit2x laa masuk dalam blog nie...Harap2x pihak Utusan meh laa tgk blog nie...klu suka kasik laa menang sekali..hehe:-)

Okaylah uools, thanks sudi baca..:-)

Okay hadiah nya apa??

Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah;

Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
Hadiah ketiga: Wang tunai sebanyak RM1,000
Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang


Deqlis : Mesti ramai yang join....yang terror Photoshop mesti buat lagi cun...deqlis guna Photoscape jer..pepun semangat cintakan tanahair kita garapkan... Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. Kalah menang adat bertanding..jika menang tu bonus laa kan?? pepun moga Malaysia terus aman dan makmur:-)

3 comments:

TS said...

gudluck blog merah!!!!

Anonymous said...

terasa nak join je . hadoii . hehe good lux sis :DD

Anonymous said...

terasa nak join je . hadoii . hehe good lux sis :DD