Recent Post

Wednesday, August 10, 2011

Takziah buat Sukainai [Kejadian Tanah Runtuh Cameron Highlands]


SEDIH...Sukainai (kanan) bersama abang dan kakaknya tidak dapat menahan kesedihan selepas kehilangan ibu, ayah dan adik mereka dalam tragedi tanah runtuh.
SEDIH...Sukainai (kanan) bersama abang dan kakaknya tidak dapat menahan kesedihan selepas kehilangan ibu, ayah dan adik mereka dalam tragedi tanah runtuh.
CAMERON HIGHLANDS: Ramadan dan Aidilfitri tahun ini tidak lagi memberi sebarang erti buat seorang remaja apabila tiga ahli keluarganya termasuk ayah, ibu dan adik bongsunya maut dalam kejadian tanah runtuh yang meranapkan kediamannya di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, petang kelmarin.
Sukainai Jaafar, 18, tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya apabila ibunya, Normah Gunung, 51, bapanya, Jaafar Balad, 49, dan adik bongsunya, Mohd Ikbal, 15, ditemui maut dalam sisa runtuhan rumah dan timbunan tanah dalam kejadian menyayat hati itu.

Sukainai yang ditemui di pekarangan Bilik Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom di sini, semalam berkata, dia sedih dengan kejadian menimpa keluarganya.

Dia juga tidak sempat berbuka puasa dengan keluarganya sepanjang Ramadan tahun ini kerana tiada di kampung disebabkan menyambung pengajian di Institut As-Shifa di Taiping dalam kursus Sains Persekitaran.

“Saya hanya sempat sahur pada Ramadan pertama dengan semua ahli keluarga saya termasuk dengan ketiga-tiga arwah.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan terpaksa tabahkan hati menerima kehilangan mereka,” katanya.


Difahamkan, semua mangsa yang maut menganut Islam sejak tiga tahun lalu dan ini sambutan Ramadan ketiga buat mereka.

“Kejadian itu bukan saja mengorbankan ayah, ibu dan adik saya malah turut mengorbankan kakak ipar saya, Yusnizan Yusof, 22.

Sumber: HMetro

Nak menitis air mata bila baca berita nie...kesian kan dekat dia...moga Sukainai tabah menghadapi suratan hidup kehilangan orang2x yang tersayang dalam hidupnya... mmg terasa pilu...tetiba deqlis pulak yg sebak..

-
-
-
-
pepun mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada ibubapa , saudara kandung dan kakak iparnya yang menjadi korban kejadiah tanah runtuh di CH. Al-Fatihah.

3 comments:

TS said...

takziah buat mereka sekeluarga...

NM02 said...

duggan paling berat buat mereka sekeluarga di bulan yang mulia ini

moga mereka terus tabah dengan ape yg terjadi

Anum said...

sedihnya
al-fatihah buat semua mangsa