Blog screwkuat69.blogspot.com hari ini mendedahkan rakaman penuh pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos 2011 di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang mendapati terdapat 12 individu Muslim dalam program tersebut.
Dalam rakaman itu mengandungi ucapan seorang Muslim yang telah murtad kepada rakan-rakannya yang lain dan juga sesi temu bual di antara Nadeane Binti Che Mohd Salleh yang mengaku dirinya sebagai penganjur program tersebut.
Nadeane memakai gelaran sebagai ‘Sophia’ yang turut mengaku dirinya bukan Islam ketika diperiksa oleh JAIS semasa pemeriksaan malam tersebut. Klik di sini
‘Sophia’ turut mempertikaikan pemeriksaan JAIS dengan mendakwa program itu dibuat di tempat persendirian serta menafikan kehadiran orang Melayu/Islam dalam program tersebut sedangkan nama dalam kad pengenalannya sendiri adalah Melayu/Islam.
Menurut blog itu lagi terdapat konspirasi terancang di antara Teresa Kok, Exco Kerajaan Selangor dengan Annou Xavier, peguam daripada Persatuan Peguam Katolik, untuk menutup gerakan memurtadkan Melayu/Islam yang dilakukan oleh DUMC setelah kes itu terbongkar.
“Annou Xavier telahpun merancang bersama Teresa Kok untuk mempertahankan Kumpulan 12 di mana hanya 8 orang sahaja setakat ini yang boleh ‘dikawal’ mereka.
“Annou Xavier jugalah yang telah mengeluarkan surat meminta penangguhan daripada Kumpulan 12 bagi memberi kenyataan kepada JAIS pada minggu lepas.
“Persoalannya di sini, mengapa Kumpulan 12 ini perlu diwakili peguam daripada Persatuan Peguam Katolik? Kenapa Persatuan Peguam Katolik dan Teresa Kok beria-ia ingin mempertahankan tindakan Kumpulan 12 hadir ke DUMC ?”, lapor blog itu.
Menurut blog itu lagi, untuk menutup kes tersebut, mereka akan melibatkan peguam-peguam Islam yang sealiran dengan mereka dan menggunakan khidmat Father Goh Kiat Ping yang dikatakan faham selok-belok Islam dan Kristian.
“Mereka juga berkomplot dengan Kumpulan 12 dan mengarahkan kumpulan Muslim itu supaya tidak memberi sebarang kenyataan semasa temuduga dengan pihak JAIS nanti”, lapornya lagi.
Thanks to screwkuat69.blogspot.com..sumber berita..
Pendapat deqlis...entahlaahhhh di bulan2x nan mulia nie, no komen laa... klu betui2x ini berlaku harap dibanteras sebaik mungkin..jgn biarkan murtad2x nie berlaku sewenang-wenangnya.... jika ianya propaganda politik...subhanallah...! Hanya Dia yang Maha Mengetahui... deqlis berkata sebegini kerana ada yang berpendapat ini lakonan semata-mata utk memburukkan parti pembakang ..kononnya tidak menbanteras gejala murtad berlaku di negeri Selangor...deqlis pun tak tahulah mana yg betuil, mana yang salah... al-maklumlah deqlis mmg tak join politik2x nie....walauapapun, kes murtad spt nie, mmg byk berlaku sebelum kes ini lagi...cuma kali ni pihak JAIS dapat menyerbu masuk ke Gereja di Damansara Utama tue..
apa kata uools??
1 comment:
macam2 kan sekarang
Post a Comment