pic dari: MyMetro Online
KENANGAN...Safura bersama suami, Sharonizam Noor serta anak-anak, Allahyarham Nur Aisyah Mariam (dua kiri) dan Yusoff Firdaus menjayakan satu program televisyen sempena Aidilfitri Ogos lalu. Foto: Munira Abdul GhaniKUALA LUMPUR: Anak kepada pasangan penyanyi dan pelakon, Safura Yaacob dan Sharonizam Noor, yang berusia tiga tahun meninggal dunia di Hospital Ampang akibat demam panas malam tadi.
Nur Aisyah Mariam meninggal dunia kira-kira 7.30 malam semalam selepas diserang demam panas sejak beberapa hari lalu.
Safura berkata, anak perempuannya itu dimasukkan ke hospital pagi semalam selepas demam berpanjangan beberapa hari lalu.
“Mulanya ingat demam biasa dan bila panas badannya tidak surut saya hantar ke hospital pagi tadi (semalam). Tak menyangka yang dia akan pergi,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Safura yang popular dengan lagu, Sedalam Mana Cintamu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keadaan menimpa arwah anaknya itu dan memaklumkan jenazah anaknya akan dikebumikan di Ampang hari ini.
Selain Nur Aisyah Mariam, Safura dan Sharonizam turut dikurniakan seorang anak lelaki berusia setahun, Yusoff Firdaus.
Malah, Safura turut mempunyai dua lagi anak, Nurul Natasha, 17 dan Muhammad Daniel Khaqim, 11 hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya, Hairie.
p/s: Terkejut juga deqlis membaca berita nie pagi nie....Mula2x baca tajuk di paper BH ingatkan anak Safura orang lain, bila baca isi berita...oh!! Anak penyanyi Safura rupernya.....Al-Fatihah..Moga Safura dan Keluarha redha dan tabah menghadapinya... Mungkin Dia lebih menyayangi anaknya Arwah Nur Aisyah Mariam itu.
8 comments:
ala..kesiannya. Demam panas. Mesti derang tak sangka.
Al-Fatihah tuk arwah.
Al-Fatihah...
moga rohnya tenang di sana..
al-fatihah
al-fatihah..
al-fatihah
salam Deqlis..Al fatihah tuk Arwah.ALLAH lbh menyayanginya...comel budaknya.Semoga safura & HB tabah...
alfatihah...baru jee baca story dia...alfatihah.....peringatan buat kita semua...deman cepat cepat gicheck jangan abaikan....
Al-fatihah buat anak safura...Bahaya demam panas nie....
Post a Comment