Recent Post

Friday, May 18, 2012

Gambar Aishwarya Rai Gemok


Hmm..heboh laa sana sini cerita pasai heroin fav deqlis nie dah gemuk...!!! Gambar kat ats nie di ambil dari India Today group ya... mmg gambar dia ya!...Al-Maklum selepas mendapat anak pertama badannya membesar... Heran? Pelik? Nak kutuk2x? ....

Dalam kenyataan Aishwarya Rai kepada media, dia menegaskan bahawa dia mahu menikmati perasaan menjadi ibu tanpa perlu memikirkan masalah berat badan. Namun begitu, media lain telah menulis bahawa Aishwarya telah menghampakan para peminatnya kerana tidak menjaga berat badannya

Hmm...peminat mana yg hampa sangat tue??? adehhh biarlah dia nak menikmati saat begitu... ini menunjukkan dirinya tak mementingkan diri sendiri atau kerjaya semata-mata..ibu mithali nie sebab sanggup gemuk demi anak...mungkin juga dia menyusukan anak nya kan?? so jangan laa kutuk2x dia sangat!! Lagi pun org byk duit nie bila2x masa dia boleh kurus balik klu dia mahu... biarlah dia enjoy dengan kehidupan dia... dulupun ramai jugak org kutuk2x Juma...tgk sekarang?? Juma masih cantik jelita... tak baik tau... suami mestilah faham perasaan isteri...tentunya memerlukan masa untuk anak dan juga masa untuk menjaga kembali bab2x kecantikan.... janganlah suami2x di luar sana tu, isteri gemuk selepas mengandung nak cabut lari pula ya... hmm ramai suami2x boroi kat luar sana...tetapi masih ramai isteri-isteri yg setia..jadi hargailah wanita!..Jangan laa kutuk2x..tak baik tau!..



Perbezaan memang ketara, tetapi raut wajah tetap sama.... setiap wanita pasti alami turun naik berat badan, janganlah sebab dia Miss World 1994, ada pulak yg nak kutuk2x.... ehh! Miss World pun manusia juga kan? yg penting dia bahagia dan ceria serta sihat... :-)  Deqlis tetap menjadi peminat dia...:-)

10 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Deqlis..gemok pon cantikkkk!
Tp tgk la..sikit lg slim balik lar...byk duit leh g mana2 pusat kecantikkan nk kuruskn badan semula

Misz-ella said...

Aishwarya Rai gemuk pun cantek. Alahaiii .. turun naik berat badan tu perkara biasa .. apsal la peminat nak marah dan kutuk dia beria-ia, kan.

nnti lama2 slim melim la dia tu.

adianiez AIDA said...

standard la tu after bersalin. nak kurus bukan nyer mudah. yg penting, anak & ibu sihat :)

Cik Da said...

gemuk pun cantik juga...ala x apa boleh diet sekejap jerk 2 nanti kurus balikkk...

Gadis Kampung said...

DIORANG GEMOK PUN CANTIK...SAT JE TU DALAM 3 BULAN SLIM LA BALIK CAYA LA CAKAP gk..DIORANG DUIT BANYAK..LAMA DEQ LIS TAK MAI BLOG GK (alamak tak perasaan tulisan besar)

Cikrosecute said...

tak pa masih still cantik lagi...

ejulz said...

bgs la kalo camtu.. nak fokus kat family.. cuma takut suami carik lain je.. hehe

nuargto said...

Biasalah.. Badan orang dah kahwin memang macam tu..

Teringat masa Norjumah Habib (Personaliti TV3) mengandung.. Badan beliau punyalah besar.. Tapi bila dah bersalin, boleh slim balik..

dilazfamily said...

cute perr dia.terbaik lah

SURIA AMANDA said...

mak aiii...giler gemuknya dia...