Recent Post

Sunday, August 12, 2012

HBO ASIA Sambut Ulang Tahun Ke-20 Bersama Rumah Kanak-Kanak Precious




Dengan penampilan eksklusif Aznil Hj. Nawawi, Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani, Hafiz AF, Hazama, Adi Fashla, Elfira Loy dan selebriti-selebriti lain, Kanak-kanak dari Rumah Kanak-kanak Precious telah dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik 'Smurfs" sepanjang hari Sabtu 11 Ogos 2012. Program ini dianjurkan oleh HBO Asia bersama sokongan Astro bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 HBO Asia dan sempena tayangan perdana filem The Smurfs di HBO (Astro Saluran 411) HBO HD (Astro Saluran 431), pada hari Ahad, 19 Ogos 2012 jam 8 malam. (raya pertama yer..)..
Kanak-kanak ini diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti yang sungguh menarik dalam siri jelajah HBO THE SMURFS yang diadakan di New Wing One Utama Shopping Centre. Pada masa yang sama mereka juga bertemu maskot The Smurfs dan selebriti alih suara filem tersebut dan menjadi antara penonton terawal menonton filem THE SMURFS dalam BAHASA MALAYSIA semasa siaran khas di Hall 5, Pawagam GSC, One Utama.Aktiviti penuh menarik ini diakhiri dengan sebuah majlis buka puasa dan makan malam bersama selebriti alih suara di One World Hotel serta disusuli dengan sumbangan berupa wang tunai sejumlah RM15,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Precious dari HBO Asia dan persembahan nyanyian oleh Hafiz, Hazama, Pak Nil dan . 




"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 HBO Asia di rantai ini, usaha kami untuk menghasilkan THE SMURFS dalam Bahasa Malaysia dengan usahasama Astro adalah sebagai mengucapkan jutaan terimam kasih kepada penonton Malaysia sepanjang sokongan mereka. Kami teruja pada hari ini untuk bersama-sama kanak-kanak Rumah Precious  sebagai antara penonton terawal untuk menikmati hasil kerjasama kami,” kata Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Bersama di HBO Asia, Jacelyn Kek.
 Wajah-wajah ceria sebelum tayangan The Smurfs bermula...masing2x excited nak dengar suara memasing..hihi..
 Posing jap sebelum buka puasa.... bersama Hafiz Juara AF dan Juara Mania...:-) amik aura RM500,000 yoo!!
Bersama Adik El (Elfira Loy)... haaa jgn tak tahu ini kakak El yer..hehe (Ellismelia)
suara Elfira Loy sebagai watak Odile mmg kena sekali...! besttt!!

Meja khas buat dieqlis n rakan2x setugas.... alhamdulillah kurma pelbagai jenis dihidangkan... nasi beriani pun ada, mee goreng, sate, kerabu mangga, pelbagai jenis sambal, buah-buahan, kuih muih, rendang dan mcm2x lagi...

 bersama rakan setugas. ....timaceh laa rakan setugas jugak yg snap gambo ceria nie..hehe "I like!!"
 Bersama Mak Lisa Surihani dan rakan setugas ...sebelum pulang sempat posing..."amacam hensemmm takk?" hahahahaha...


HBO Asia dan Astro bekerjasama pada bulan Jun lalu untuk membawa bersama sekumpulan artis dan personaliti popular Malaysia yang telah meminjamkan suara mereka untuk watak-watak dalam filem THE SMURFS – Aznil Nawawi selaku Gargamel, Yusri Abdul Halim selaku Brainy Smurf, Lisa Surihani selaku Smurfette, Hafiz Suip sebagai Clumsy Smurf, Dato’ AC Mizal dan isteri beliau, Datin Emelia Rosnaida selaku Patrick dan Grace Winslow dan Elfira Loy selaku Odile. Turut dipaparkan adalah suara Datuk Jalaluddin Hassan selaku perawi jalan cerita filem, wartawan Elrafaei Sapi dan penulis hiburan Zaidi Mohamad selaku Hefty Smurf dan Farmer Smurf, blogger hiburan terkenal, Budi daripada Budiey.com selaku Vanity Smurf dan Nazuwan Ahmad daripada BeautifulNara.com selaku Greedy Smurf, Hafizuddin Fadzil selaku Papa Smurf, Haniff, Ray dan Adi dari Radio ERA masing-masing selaku Henri, Grouchy Smurf dan Handy Smurf, Hazama Ahmad Azmi selaku Gutsy Smurf dan Shiro selaku Jokey Smurf
Hafidzuddin Fazil atau Mr.Fish... hai!! timbang berat ke bang?? turun berapa kilo tue?? hihi.. Gambar ini di ambil ketika kami masih menunggu kehadiran beberapa lagi selebriti untuk sama-sama bergerak menaiki bas khas yg disediakan ke One Utama untuk sesi Meet n Greet bersama peminat dan menonton filem alih suara Bahasa Melayu The Smurfs...

Mengenai filem THE SMURFSKetika ahli sihir yang jahat, Gargamel menghalau Smurfs yang biru lagi kecil dari kampung mereka, mereka tiba-tiba terguling dan jatuh dari dunia ajaib mereka ke dunia kita. Malah terpelanting ke tengah-tengah kawasan Central Park (New York). Hanya setinggi tiga epal dan terperangkap di ‘Big Apple’, Smurfs perlu mencari jalan untuk kembali ke kampung halaman mereka sebelum Gargamel berjaya menjejaki mereka.Dialih bahasa ke Bahasa Malaysia sebagai persembahan eksklusif Hari Raya Aidil Fitri, tayangan perdana THE SMURFS di HBO (Astro Saluran 411) / HBO HD (Astro Saluran 431) adalah pada hari Ahad, 19 Ogos 2012 jam 8 malam. Filem ini boleh didapati dengan sarikata bahasa tempatan serta dalam pilihan dwi bahasa – Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.Tentang HBO AsiaBerpangkalan di Singapura, HBO Asia mampu menjadi peneraju dalam penyampaian filem-filem terbaik dari Hollywood di rantau Asia kerana memiliki perlesenan eksklusif dengan studio-studio utama Hollywood – Paramount Pictures, Sony Pictures, Universal Studios dan Warner Bros. Sebagai tambahan kepada penonton eksklusif HBO yang berpeluang menyaksikan program-program proprietari dan produksi HBO Original yang pernah memenangi anugerah, HBO Asia turut bekerjasama dengan sebilangan besar penerbit utama filem bebas bagi memperoleh hak tayangan eksklusif ke atas filem-filem yang bermutu tinggi. HBO Asia menawarkan lima saluran filem tanpa iklan untuk langganan – HBO, HBO SIGNATURE, HBO FAMILY, HBO HITS dan CINEMAX – serta perkhidmatan video atas permintaan, HBO ON DEMAND, HBO HD, saluran filem serantau yang pertama membawa siaran definisi tinggi di Asia, dan HBO HITS HD, yang menyampaikan blokbuster-blokbuster Hollywood hit 24-jam sehari dalam definisi tinggi 100%, di kawasan tertentu. HBO Asia adalah usahasama di antara HBO (sebuah syarikat Time Warner) dan Paramount. Untuk maklumat lanjut tentang HBO Asia dan salurannya, layari laman web www.hboasia.com.

last but not least... sebelum pulang..posing time kat lobby One World hotel...
haha!!

1 comment:

Unknown said...

wah,bestnya...ada lisa:)