Recent Post

Friday, August 10, 2012

Seronok Jumpe Blogger Popular RED MUMMY

Ingat tak cerita deqlis ke Aidil Fitri Screening di Royal Bintang Hotel Damansara tempohari??? haa..tidak kusangka-sangka deqlis semeja dengan Red Mummy dan suaminya dan juga Nazuwan dan isterinya... alaa..abg Nara tue... 

Sebenarnya dengan Abg Nara nie deqlis dah jumpa sebelum ini lagi sebab Abg Nara terlibat dalam pembikinan filem alih suara The Smurfs yg bakal disiarkan di HBO pada 19 Aug nanti...mata deqlis tak lepas pandang kat Redmummy nie... al-maklumlah...rasa macam kenaiiiii tp di mana yer??? ligat pikirrr tapi tak berani tegur lagi.... hanya memerhati walau semeja u..!

Bila deqlis lepas menunaikan solat Maghrib, sekembali di meja bulat kami..redmummy dah tiada... alamak!! masa tue baru terpacul nama Redmummy dibibir deqlis... yer laa redmummy laa...uwaaa!!!

Sejurus kemudian, tiba2x Red Mummy muncul...deqlis terus ke arahnya dan deqlis tegur.."Redmummy kan?" dia senyum... dan anggukkan kepalanya... deqlis pun cakap jom nk bergambo...Redmummy mcm segan pulak..dia kata dia bukan selebriti...hmm mungkin dia tenggelam dikalangan selebiriti yg ada...tp dia tetap blogger popular yg tersohor dan dikenali ramai blogger2x bilis diluar sana termasuk deqlis..... deqlis mestilah nak bergambar dengan dia kan?? mmg happy dapat jumpa Redmummy..al-maklumlah rumah merah mcm deqlis gak hihi)....mmg tak sombong orangnya...sempat berbual walau seketika.. Yang kelakarnya sempat laa Red Mummy kata "hmm padanlaa dari tadi asik pandang2x dia..hehe" yer laa deqlis mmg pandang2x dia ..sebab rasa mcm selalu nampak..bukan pelakon tv yer..ruper2xnya Redmummy yg selalu ku tgk menerusi blog dia jer.....:-) Seronok laa dpt jumpa live kan?? 

Kenangan jumpa Blogger Popular Red Mummy..


2 comments:

Zura Tahir said...

blum pernah jumpe blogger glemer lg..nk jgak sesekali terserempak...

Ezna Khalili said...

wahh ni masa event yg redmummy buat post tu kan...