Recent Post

Saturday, October 13, 2012

Roti Jala In Da House


 tuk bawak bekal ke rumah abang...

nie utk makan di rumah... dodol sgtg tue hiasan jerk erkk hik hik..

Menu roti jala nie antara terhangat di pasaran...hehe mcm lagu KRU pulak...kekekekek... menjadi permintaan tertinggi dan pilihan ramai... kira menu fav ler masa aidil fitri lepas... tak kira utk tetamu di rumah, bawa ke pejabat dan sampai ada yg nk tempah utk open house rumah depa...... tq to Kak Haina dan kak Fiza kerana menempah roti jala nie diorg dua orang nie pecah rekod utk penempah roti jala melebihi 200 pcs... sampai berasap punggung deqlis kat dapur hehe... uools..jika berminat untuk menempahhh boleh laa hubungi deqlis ya!!... minimum 100 keping RM25.00 tanpa kuah. Jika bersama kuah harga berubah mengikut harga ayam semasa. Jika nak tempah sila laa beritahu awal2x ya... sebab klu dlm kebizian kerja mmg tak dapekk nak nolonggg..hehe...

roti jala adalah fav en hb dan juga adik deqlis... buat roti jala nie perlu ketekunan dan kerajinan serta sedikit skill...(hehe nie bab tebar2x tue..silap tebar mau jadik bentuk suar kecik p.ramlee dlm filem bujang lapok tu kekekeke...) tp klu kena cara jalanya confirm jadik punyerr...:-) klu nak buat sendiri resepi nyer..


Resepi ROTI JALA
Bahan-bahan ( 3 orang )

3 cawan tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
sedikit pewarna kuning (deqlis suka bubuh kunyit hidup separuh ibu jari sikit..blend sekali utk bau yg wangi)
1 biji telur
3 cawan air/santan/ susu segar
Cara-cara

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik, terus aje di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah  kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.


...skodeng cerita roti jala dengan kari daging kat sini.

Oh yerr..ada sesetengah orang suka makan cicah dengan kuah durian....deqlis lebih suka cicah dengan kuah kari ayam... dan ada juga sesetengah nya suka cicah susu pekat... dan ada juga yg cicah kuah dhal...ikut suka laa ya:-) boleh je uools cuba... klu malas leh tempah je ngan deqlis:-)


2 comments:

mshazadoes said...

Akk lma xmkn roti jala lh..windu

tiefazatie said...

wah..sedap tue!hee