Recent Post

Wednesday, January 1, 2014

Perasaanku Menjelang 2014

As Salam uools,

Kenapa tetiba sahaja mlm tadi, apabila jam menunjukkan 4 minit lg sebelum menjelang  jam 12 mlm, perasaan me bercampur baur...pelbagai suka duka yg dialami sepanjang 2013. Susah senang jatuh bangun yg diri ini alami, tiada siapa yang tahu, tetap me gagahi dan warnai 2013 dengan kecekalan dan keazaman serta keceriaan...namun kesedihan yang tidak tertanggung dengan kehilangan arwah ayah yang tiada galang gantinya. Air mata me tetiba bercucuran mengenangkan arwah ayah yang kembali kerahmatullah pada tanggal 8 Oktober lalu.

Entah kenapa, segala memori bersama arwah bagaikan teaser ianya keluar satu persatu di kaca mata me....me teringat makanan terakhir me masakkan utk arwah, permintaan terakhir arwah sebelum keluar dari hospital, hari terakhir arwah dtg ke rumah me dan yg paling menyedihkan kali terakhir me bersembang dengan arwah melalui telefon.... memang kata kata terakhir me ada melibatkan tahun 2014.. oh ayah...

Entah kenapa, kalu me tgk apa sahaja makanan yg disukai arwah, me ingat kat arwah...sedihnya 2014 tanpa arwah ayah....ohhh me rindu sgt ngan arwah ayah....air mata me berjujuran lagi....entah kenapa ya...moga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman...

2013 juga menitipkan episod duka, apabila lebey kurang sebulan pemergian arwah ayah, bapa mertua me pula mengikut langkahnya meninggalkan alam fana ini. Arwah bapa mertua me telah kembali kerahmatullah pada 10 November 2013. Perasaan sedih menyelubungi diri ini.. hajat bapa mertua me yg ingin  berjalan bersama me, hb dan famili ke JB tidak kesampaian....

Me harap 2014 akan lebih beerti buat me dan hubby, me dan karier di Astro, me dan biz dodol, me dan Shaklee... me jatuh cinta dengan Shaklee bermula di sini ( nanti me add link)... dan mudah-mudahan harapan arwah ayah untuk melihat me maju dan berjaya dalam kehidupan yg lebih terjamin dan memiliki zuriat sendiri menjadi kenyataan. Doakan me ya. Dan buat pembaca setia, terima kasih walau tidak seberapa yg me postkan harap dapat memberi manfaat dan info berguna buat kita semua, Maafkan segala salah silap dan kekhilafan me...2014 buka lembaran baru, semangat baru dan doakan kejayaan kita bersama-sama... sukses dunia, sukses akhirat. Amin.

1 comment:

TS said...

moga roh arwah tenang di sana..
kita hanya mampu mendoakan je kak...
hope ur life will getting happier..
adik syg akak!!!