cuba teka siapakah aku?
Aku berbadan kecil lebih kurang 8cm x 6cm sahaja. Rupaku berkilat dan mempesonakan sahaja sesiapa yang memandang. daku telah berkhidmat dengan tuan aku hampir 5 tahun lamanya. Pada saat pertama tuanku membelek-belekku aku rasa geli dan malu. Tuan aku seakan menggeletek ku hingga ke seluruh tubuhku.. ada bahagian2 yang di picit oleh tuan aku.. Aku rasa seronok kerana sering di bawa ke mana sahaja oleh tuan aku..
Kini tuan aku lain sekali... adakah kerana aku sudah tua dan tidak dapat memberi khidmat yang bagus lagi? badan aku sakit..sakit sangat.. ada beberapa tulang ku yang seperti di masuk angin membuat badanku yang memaparkan segala aksi tuan ku dan keluarganya seakan pudar dan seringkali kabur... aku sedih kerana tidak dapat aktif dan sebagus dulu... bahagian atas bahuku juga mengalami masalah.. akhirnya aku digantikan dengan seorang kawan ku yang baru.....
Nasibku lah berada di dalam kotak dan hanya sekali-sekala di bawa oleh tuan aku untuk bersiar2.. itupun hanya sekadar melihat perbandingan antara aku dan kawan baru ku itu..
Itulah nasib aku sebuah kamera tua... akulah Canon Ixus 40.0... walaubagaimanapun tersentuh hatiku takkala mendengar tuanku berkata " JasaMu tetap ku kenang walau kini daku ada yang BARU"...
Jadi rasa bangga di dalam hatiku apabila tuanku berkata demikian. Daku masih di simpan dan di jaga dengan penuh kasih sayang. Tuan aku juga sudah sampai masanya untuk memiliki sebuah lagi kamera baru... aku pasrah dan akur... aku berharap dalam keadaan tertentu aku masih di perlukan lagi..selagi hayat ku di kandung badan..
Inilah kawan baru ku.... harap2 kau juga dapat memberi khidmat yg terbaik pada tuan kita... wehh ko jangan sombong yaa!..Salam kenai.. dari aku sebuah kamera Canon Ixus 40.0
hehe...itulah tetiba nk bermonolog pula hari nie... ni daku dah tepek kamera baru daku n hb..Lumix LX3...macam kamera lama2..tp kamera baru tau.. black color (",)
setelah 5 tahun mengguna kamera Canon yang kualiti gambarnya juga tidak kurang hebatnya suatu ketika dahulu... jika tak silap tahun 2005 daku membelinya... dan menjadi harta kesayangan ku. Alhamdulillah tak pernah jatuh, tak pernah ku calarkan tubuh nya... cuma mungkin sampai masanya... ada yg perlu repair..tp jika repair pun mahal better laa daku beli baru kan... jangan sedey yer " Jasamu tetap ku Kenang" tanpa mu hari2 ku takkan ceria.. walau kini ada LUMIX LX3...kau tetap pujaan hati ku..ihik
ok lah daku nk keluar dah nie...
jumpa lagi lah dalam ceritaku duniaku
No comments:
Post a Comment