Jadi plan nk masak KEPALA IKAN SIAKAP.. (badannya dah wat SIAKAP STIM sebelum nie)
jadi tinggal kepala shj.. Jalan2 di RnZ Blog jumpe resepi lebih kureng daku nk masakkan KEPALA Ikan Siakap ni..
nie laa resepi asal
SUP KEPALA IKAN MERAH..
Bahan-bahan:-Kepala ikan merah
Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
Halia (dihiris)
Serai (diketuk)
Cili merah (dihiris nipis)
Tomato (dipotong 4)
Tauhu (dipotong dadu kecil)
Garam dan gula.
Daun sup dan daun bawang
Sup bunjut kepala ikan
Cara-cara Memasak :-
Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih .
Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, serai, sup bunjut, dan cili ke dalam periuk.
Masukkan tauhu dan tomato.
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan kepala ikan merah tersebut.
Setelah 15minit, matikan api dan masukkan daun bawang dan daun sup.
Masakan telah sedia untuk dihidang.
Boleh dijadikan menu untuk makan tengah hari.
Tempoh memasak : 30minit
P/S: Boleh menambah lebih cili untuk sesiapa yang suka makan pedas. Elakkan menggunakan MSG.
jadi daku ubah lah pada SUP KEPALA SIAKAP.. buh laa mana ada bahan2 di dapur..semua ada rasanya kecuali tauhu mmg takde.. hmm takde takpe..batang sadri ada so leh buh hehe. Sebelum nie KEPALA SIAKAP nie pernah buat masak lemak cili padi guna santan kelapa dalam kotak tue.. sedap..tp santan kotak ni pun kena pilih juga brand nyer ada yg kena dengan masakan ada yg tak kena.. kadang2 daku nk selamat kurang kolesterol guna sahaja susu kotak.. hmm susu higoat ada..hehe mau try kah??? hmm nanti lah daku try dulu.. klu ok leh masak lain utk hb.. takut tak sedap plak.. so kena wat experimen dulu ecehcech...hmm nnati rajin daku continue ya..apa jadi ngan KEPALA IKAN SIAKAP daku nie hehe...
No comments:
Post a Comment