Recent Post

Wednesday, November 10, 2010

KETUAT MERBAHAYA KER?


Hari tu dah bukak pasal ketuat kan?? so malam nie deqlis nk sambung sikit... tahun lepas ada deqlis terbaca, adanya ketuat tu memberi tanda yg kita ada penyakit2 tertentu/penyakit dalaman/tanda2 awal ada penyakit tertentu yang mungkin kita tak tahu... dari situ deqlis nie curious laa jugak pasal ketuat...  risau jugak kot2 ketuat2 sebelum2 nie yg deqlis alami beri tanda2 penyakit lain ker... so bila dicari gali dan membaca artikel-artikel tentang ketuat ni rupa-rupanya ketuat nie ada banyak jenis...


Ada yang akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh beberapa minggu manakala ada yang kekal selama bertahun-tahun ataupun hilang dan muncul kembali

Kutil dan ketuat mungkin bukan suatu masalah jika jumlah bintilnya wujud secara tunggal, sedikit dan tidak terasa sakit atau gatal.

Jika bernasib baik atau dalam erti kata lain sistem imunisasi tubuh dapat merencat pertumbuhannya, ia akan lenyap tanpa disedari.

Namun, ia bukan lagi satu perkara main-main jika kutil atau ketuat itu mengalami perubahan secara fizikal hingga membuatkan kulit kemerah-merahan, membengkak ataupun bintil-bintil kasar itu semakin merebak dan menyebabkan rasa gatal.

Biasanya ketuat ni merupakan penyakit yang selalu masyarakat mengambil sikap remeh apabila mereka dijangkitinya. Sebenarnya, ketuat ialah satu jangkitan virus iaitu Human Papiloma (HPV). Ketuat terjadi pada organ terbesar kita iaitu kulit. Tempat yang ramai dijangkiti oleh virus ini seperti tangan(jari), didalam mulut, kawasan dubur, kaki dan alat kelamin. virus ini akan menyebabkan sel menjadi rancak bermitosis dan membetuk ketulan seperti kanser.

Adakah Ketua Berbahaya?

Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna kita boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala...tp deqlis mmg peliklah sebab mmg deqlis takpernah share2 towel nie... dan ada juga org lain kata, jangkitan ketuat nie sebab siang ayam...darah ayam tu yg mungkin menyebabkan tumbuhnya ketuat... sejauhmana kebenarannya deqlis tak dapat info lanjut lagi.

Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Jika  mempunyai tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula...(mungkin jugak..sebab dulu2 dok korek2 konon nk bg kuar itu ketuat lahhh hehe)

Jenis-jenis Ketuat

Ketuat Biasa (common warts) merupakan sejenis ketuat yang membonjol keluar, bulat dan mempunyai permukaan yang kasar. Ia berwarna seperti kulit atau gelap sedikit. Ia boleh wujud di mana-mana bahagian badan tetapi kerap terjadi di bahagian tangan.

Ketuat Kaki (plantar warts) selalunya muncul di bawah tapak kaki. Ia boleh terjadi dalam bentuk yang berbeza-beza di merata-rata badan kerana berat badan akan menolak ketuat kaki ini ke dalam badan. Tekanan ini akhirnya akan menimbulkan kesakitan terutama apabila beban tersebut meningkat (seperti semasa berdiri atau berjalan).

Ketuat Filifom (filiform warts) membentuk unjuran panjang seperti jari yang terjadi di sekeliling kelopak mata, muka dan leher.

Ketuat Periungual (periungual warts) berlaku di kalangan kebanyakan penggigit kuku dan pencabut kutikel (kulit pada pangkal kuku jari). Ia muncul di bawah dan sekeliling kuku.

Ketuat Kelamin (genital warts) adalah lembut, lembap, tidak sakit. Ia merupakan ketumbuhan kulit yang berwarna merah jambu atau keperangan, tumbuh di atas kemaluan lelaki, bibir faraj, kawasan dubur dan kadangkala ia muncul di pangkal rahim (saluran berbentuk leher antara uterus dan faraj). Gejala yang mungkin timbul termasuklah pendarahan semasa pergerakan usus atau sakit ketika membuang air kecil. Ketuat boleh tumbuh secara sebji-sebiji atau berkelompok. Kadangkala kelompok ketuat terjadi di sekeliling sebiji ketuat besar.

Berjumpalah doktor sekiranya... 
  • Terdapat perubahan rupa bentuk ketumbuhan - saiznya bertambah besar dan bertukar warna. 
  • Berlaku pendarahan. 
  • Gatal-gatal. 
  • Berlakunya jangkitan 
  • Ketuat kaki terasa sangat sakit. 
  • Terjadinya ketuat kelamin. 
  • Ketuat terjadi di muka.
Sharing Is Caring

1 comment:

ekinashikin said...

aawww...dulu daku pernah ada kat tumit kaki..malunya bila nk naik tangga..mesti ada org nmpk kan...last choice..jumpa doktor..skrg da xde..hihi