Recent Post

Monday, November 8, 2010

Ketuat Oh Ketuat

Pernah tak mengalami masalah ketuat? atau ketuat nyer masih degil lagi? tak mau hilang2?
hilang kat sini, tumbuh kat situ, dah hampir hilang, tetiba ada balik? eeiii geram betui kan?
deqlis pun pernah alami masalah yg sama, bertahun-tahun jugak si ketuat ni dok bertapak kat telapak tangan...yg sedihnya hilang kat tapak tangan ..tup tup jadik pulak kat ibu jari kanan, hilang kat ibu jari kanan tumbuh pulak dekat jari telunjuk kiri...adehhh bila nk hilang nie?

macam2 petua laa deqlis cuba ikut dan mcm2 ubat farmasi dah cuba..tetapi kejap ada kejap takde oops
silap..kejap hilang kejap tumbuh...adehh..

ketuat nie apa??
Bermula dengan bintil halus atau tompok kecil bertekstur kasar di permukaan kulit. Ada mcm2 jenis ketuat juga.. tp ketuat yg deqlis nk cerita ni ketuat biasa tumbuh kat telapak tangan/jari tangan.. selalu tumbuh single...dan mungkin yg lebih teruk ada yg sampai berair-air dan tumbuh ngan byk nyerr..

selalunya kewujudannya tidak disedari. Kalau kelihatan pun, mungkin juga ia segera dilupakan kerana disangka tidak memberi apa-apa kesan berpanjangan...tetapi deqlis ni mmg jenis rimas klu ada mende2 tetiba tumbuh kat tempat yg tak sepatutnya nie...jadi deqlis usahakan jugak nk hilangkan ketuat yg tumbuh..so
p farmasi beli ubat... tak ingat ubat nama apa, tp tak jalan jugak,,, itulah jap hilang, kang tumbuh kawasan2 lain pulak... sadis..

pastu cuba mcm2 petua pulak... 
petua ni mcm2 ada... petua yg deqlis dpt antaranya tumbuk bawang putih hingga lumat dan bubuh di atas ketuat... cara nie mmg nampak laa ketuat tue kecut dan pedih laa sikit.. pedih lagi jika bawang putih tu terkena kawasan2 yg tiada kaitan dengan ketuat...sampai merah2 laa dibuatnya... tak tahan so deqlis tak buat cara nie..huhu

lepas tu ada yag cakap buh tahi minyak yg tengah2 panas tu, buh kat atas ketuat.. ok gak cara nie cuma leceh laa pulak..pastu bau tahi minyak ikan tu tak beshhh..hehe

hmm selepas itu, deqlis g farmasi lagi.. dan akhirnya di syorkan beli nie

alhamdulliah dah hilang... tetapi mmg payah yer kawan2... sebenarnya ketuat nie mmg susah nak di lupuskan... bila guna Duofilm nie (sejenis asid) mmg ketut tu hilang dan jatuh.. tetapi akarnya masih ada di dalam. jadi kita kena terus bubuh di bhg yg terkena ketuat. sebab tok wan n tok nek ketuat nie maybe dok ada lagi... dan jangan terkejut, 1-2 minggu terasa macam ada biji kecik kat area ketuat yg tanggal tadi...so teruskan bubuh asid nie.. jgn biarkan ia membesar...kerana ia akan membesar sebagai ketuat...
dan jika terasa di jari2 lain macam ada bintil kecil (mcm mana nk cakap erk? ala jika tang jari kita tu kan licin jer, tetiba klu rasa cam ada kesat/macam bintil kecil ala2 jerawat nak tumbuh tu cepat2 buh asid nie)...  bubuh kerap ...sekerap yg boleh.. dan biarkan di jari anda. janganlah lepas bubuh anda p cuci tangan atau buat mende2 lain yg boleh menyebabkan asid tu tertanggal atau hilang... klu boleh lepas bubuh tu tangan tu jangan wat mende2 lain..duk jer rilek..hihi

InsyaAllah ketuat akan hilang. Alhamdulillah selepas menggunakan Duofilm ni dah takde langsung masalah ketuat dah... dah lama nak share cuma hari ni baru berkesempatan... tadi baru sempat cari balik botol Duofilm nie... masih ada baki lagi... lama dah ia terperap dalam almari... sebenarnya masalah ketuat deqlis ni dah lama sangat dah dulu2..sebelum kahwin lagi... masa kahwin pun ada ketuat tu kat telapak tangan..(isshh maluss tul ).sabor jer laa..masa tu cuba juga macam2 cara, tp tak mau jugak hilang...degil tul ketuat nie... mak deqlis cakap p cari cuka getah...celah bedah mana pulak nak cari cuka getah kan?? jadi selepas kahwin, deqlis mmg terus usahakan utk menghapuskan ketuat. Alhamdulillah tahun hujung tahun 2008 masalah ketuat tu dh dapat di atasi... lega la..

KETUAT PETANDA PENYAKIT? sejauh mana kebenarannya? 
ok nantikan n3 sambungan nya ya..

P/S: siapa yg pernah kena ketuat jugak? sila angkat kaki..:-)

4 comments:

Unknown said...

petua orang dulu...sapukan air kencing pada ketuat tu sebelum mandi pagi. kandungan garam yg ada dlm air kencing dapat membunuh ketuat yg degil.

sepupu dah amalkan petua ni..sampai sekarang ketuat tak tumbuh2 yg baru. mmg mujarab

Unknown said...

petua orang dulu...sapukan air kencing pada ketuat tu sebelum mandi pagi. kandungan garam yg ada dlm air kencing dapat membunuh ketuat yg degil.

sepupu dah amalkan petua ni..sampai sekarang ketuat tak tumbuh2 yg baru. mmg mujarab

deqlis said...

logik jugak tue..sebab di dalam air kencing mmg terkandung asid urik selain air, urea, ammonia, natrium, klorida dan fosfat.maybe gak di waktu pagi kandungan asid urik lebih dr yg lain...so ketuat leh mati..

hmm tp agak menggelikan hehe..

vampire's lovex said...

saya pon ada jugak ...tp sy skg dekat mesir,mcm xde je bnda nih..rasa nak nangis da..huuuu... best nye dah hilang !