Recent Post

Friday, November 5, 2010

Pendidikan Tinggi dengan Tinggi Ilmu

Salam semua..
Malam nie satu tajuk yang tiba-tiba terlintas difikiran deqlis. 


Ada beza berpendidikan tinggi dengan tinggi ilmu??
secara ringkasnya deqlis simpulka yer..


1. Orang yang berpendidikan tinggi tak semestinya tinggi ilmunya
2. Orang yang tinggi ilmunya tak semestinya berpendidikan tinggi.


maknanya:-


1. Orang yang belajar tinggi masuk menara gading... tak semestinya tinggi ilmunya.. dan ada juga yg berpendidikan tinggi tetapi tinggi juga ilmunya. Orang jenis ini adalah orang yang menganggap ilmu penyuluh hidup dan ilmu di cari sepanjang hayat.


2. Orang yang berpendidikan rendah sekalipun tidak masuk ke U namun dinilai tinggi ilmunya jika dia seorang yang sentiasa "upgrade" atau "top up" ilmu dunianya mahupun ilmu akhirat.


3. Orang yang tidak berpendidikan tinggi dan dalam masa yang sama sombong untuk mencari ilmu adalah orang-orang yang rugi.


4. Jadi, sesiapa sahaja boleh menjadi orang yang tinggi ilmunya dan berjaya menjadi seseorang dalam hidupnya... yang penting jangan putus asa dan terus berusaha.


Contoh orang yang tidak belajar hingga ke Universiti (tak berpendidikan tinggi) tetapi tinggi ilmunya hasil usaha mencari ilmu dari pengalaman hidup dan sikapnya yang suka  mencari ilmu sepanjang hayat hingga membuahkan kejayaan dalam hidup adalah seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Harsukhlal Maganlal Kamdar (Pengasas dan Pengarah Urusan Pasaraya Kamdar) dan Tan Sri Vincent (Pengerusi Kumpulan Berjaya) serta ramai lagi...


Motivasi skett di malam hari...heheh..:-)
Fikir-fikirkan...selamat memajukan diri k.. termasuk mengingatkan pada diri sendiri..huhuhu...


Photobucket

1 comment:

puanstoberi said...

lebih kurang mcm street smart n book smart kat apprentice dulu. Yg tak masuk U pun tak semestinya tak terpilih jd apprentice kan?