Recent Post

Sunday, December 12, 2010

TOLONGLAH KAMI

Walaupun segmen nie dah ditutup...deqlis join jugak laa yer...ihik...
image
Untuk menyertai segmen / kempen ini , deqlis kena buat satu entri :

Tajuk : TOLONGLAH KAMI .. dan linkkan ke entri BRO BA  ..


1. Ceritakan satu kenangan yang pernah anda lalui melibatkan isu merokok ditempat awam

Di kedai makan, berkepul2x asap daaa.. menci betuii...deqlis ngan hb 2-3 kali jugak pindah meja..al-maklumlah lari meja depan, orang nie pulak merokok, sampai sini, orang kiri pulak, sampai meja nie org kanan pulak.. hai keliling aku semua nya merokok??? jika order tak sampai lagi, mmg sanggup cancel order jer... (pernah buat pun) cari kedai lain...

2. Pernahkah anda menegur mereka yang merokok ditempat awam dan apakah tindakan yang diambil mereka ?

Pernah tegur rakan-rakan sekuliah of coz laa lelaki kan?? ..hisap rokok di kedai makan berdekatan stesen bas.. isshhh geram betui lepas makan jer nak hisap rokok.. siap nasihat bagai tp bagaikan angin lalu jer nasihat tue..  perempuan?? haa ada jugak yg smoking nie... ntah laa jika nasihat bukan mereka nie tak tahu... tahu.. tambahan pula jika perempuan yg smoking akan memberi kesan pasa kesihatan diri dan bakal anak yang dia bakal lahirkan nanti boleh cacat dan sebagainya...tetapi masih degil... hmm entahlah susah kan nak melentur orang yang dah jadi buluh nie... 

Pernah juga menegur rakan sekerja lelaki, deqlis beritahulah asap rokok lebih membahayakan kesihatan kepada orang sekeliling.. tahu apa dia jawab? "jika asap tu merbahayakan lebih kepada orang yang tak merokok, baiklah hisap rokok sebab kurang sikit kena bahayanya"  adoiiii...tak makan saman tui laa orang2 macam nie.. degil pastu pekena kita balik.. 

3.Rayuan anda pada mereka yang suka merokok ditempat awam ..

Tolonglah Kami... tolonglah jangan merokok walau bukan di tempat awam sekalipun. Sayangilah isteri dan anak-anak anda atau pun keluarga anda. Kerana jika isteri atau anak anda meninggal dunia kerana kanser paru2x dan penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan asap rokok anda... Tidakkan anda akan merasa menyesal seumur hidup?? Hormatilah orang lain. Jika nak merokok sangat2x pun pergi lah ke tempat2 yang tiada orang seperti di tanah perkuburan... lebih baik kan?? haa.. Lebih baik berhenti dari menghisap rokok kerana secara langsung anda sebenarnya telah membakar duit dengan membeli rokok... HARGA ROKOK dan NAIK..jadi tinggalkan shj rokok tue..  Tolonglah Kami!!... Buat pemilik kedai makan (yg mungkin juga kaki rokok), sebaiknya ada signboard besar2an menulis LARANGAN MEROKOK..tidakkah ini sebenarnya wajib disangkut di dalam kedai dalam proses kelulusan lesen premis perniagaan?? Tolonglah KAMI... 


P/S : Harap jangan ada yang tersinggung yer..

Fuhh nasib baiklah en hb ku tidak merokok..:-)


5 comments:

cikpuanhady said...

huhuhuh..tak suka kalau ada orang yg merokok duduk berdekatan..

Jom skodeng : Kelebihan Related Post berbanding LinkWithin

ordinary89art said...

i terasa..tp mmg betul..merokok membahayakan kesihatan..huhu

lawati - sedih dan pilu

deqlis said...

to has...: mmg i pun tak suka..menci2x..:-(

toordinary89art: aipppp..! terasa ya..? dah3x pasni slowly2x berhenti yaa.. usaha lif kejayaan..ngeeeh:) demi kesihatan ummah.. dan diri sendiri...

to all: kempen jgn merokok ketika ber blog... heh he h heh...

cimi said...

ban je semua rokok.
:)

deqlis said...

to CikCimi: klu boleh ban dan pupus kan terus rokok nie...:)