Salam semua, moga uolls semua sihat hendaknya dan bertambah2x rezeki. Amin. Sebelum ini, deqlis banyak bercerita tentang MAHA 2010.. sebenarnya bercerita pengalaman deqlis sebagai salah seorang pengunjung MAHA kali ini. Pengalaman kali pertama! Tentunya serba baru dan serba ingin tahu bukan? Deqlis dapat merasakan penganjuran ini memang sungguh hebat, bukan mudah untuk menanjurkan sesuatu yang sebesar ini. Malah pengunjung juga telah lebih seperti yang disasarkan. Tahniah dah syabas!
Oh!. Bila berkata tentang tahniah dan syabas, tidak beerti deqlis PENGAMPU kepada MAHA!!! Deqlis dgn hb tiada kena mengena dengan admin MAHA atau apa2x pun melainkan deqlis ini hanyalah pengunjung kerdil dalam jutaan orang itu. Mana yang bagus kita komen bagus.. mana yang tidak katakan tidak...
Pihak kerajaan telah berjaya memainkan peranan yang besar dalam menganjurkan MAHA dimana para petani dapat berkumpul dan bertemu sambil menambah pengetahuan tentang teknologi2x terkini yang digunakan dalam pertanian mempromosikan barangan mereka kepada orang ramai. Namun demikian, MAHA perlu mempertingkatkan lagi infrustruktur terutama laluan ke tempat meletak kenderaan dan juga mengurangkan kadar kesesakan.
Janganla ingat deqlis tak bising2x atau mengutuk2x 2 jam setengah terperangkap dalam jammed ke MAHA 2010 tempohari deqlis nie seorang yang suka jammed?? hahah nak tergelak jugak membaca komen2x orang yang tak masuk akal. Sebenarnya deqlis memberi komen lebih kepada penganjuran MAHA 2010.. masalah jammed ini standard masalah kat negara kita nie... hmm yg balik kerja petang2x pun jammed kan?? Secara logiknya, sekiranya sesuatu tempat itu diserbu, diterjah dan dilawati dengan kelihatan lautan manusia, pastinya kesesakan akan berlaku. Kemungkinan ianya boleh dikurangkan, jadi cara kita memberi cadangan kepada pihak berkenaan biarlah dengan cara berhemah. Bukan mengeji, mengutuk dan lain2x lah (kadang2 ada agenda lain) kan?? Jika setakat lepaskan stress sikit2 tu.. takper laa... macam deqlis dalam kereta pun dok sebut2x.. " tu dia jammed teruk, nak sangat ke MAHA atau mak aiii panjangnya Q!! bila nak sampai nie?? klu lah aku VVIP?" ngehhhh ngehhh... lepas tu geram2x dekat kereta2x yang potong Q... hmm itu mmg standard laa.. kat mana2x orang potong Q pun kita tidak suka kan??? so jgnlah nak salah kan 100% penganjur MAHA pulak?? dah mentalitii orang M'sia nie kot?? cuma kita sarankan agar, pihak penganjur seperti di bawah:
1. Kawalan traffik
- Polis traffik boleh menegur pada mereka yang potong Q (1st warning)
- Saman sahaja jika degil juga
- tidak di kenakan bayaran parking, mungkin juga sebab nak kutip duit parking ini menimbulkan kesesakan yang melampau.
2. Memudahkan
- memberi laluan khas kepada kenderaan2x yang membawa orang cacat, warga emas dan baby.
- berikan tempat parking yang berhampiran dengan kawasan tapak MAHA bg yg disebutkan di atas. (sebab hari tu nampak parking utk OKU betui2x di pintu masuk parking.. rasa macam kurang sesuai..kesian mereka perlu berjalan jauh)
-bg yang datang couple/pasangan suami isteri shj tanpa anak2x, atau datang bersama rakan sekerja di khaskan tempat parking yang jauh sedikit pun takper.. Kita sesama insan perlu prihatin kepada yang memerlukan.
3. Cabutan bertuah
- Tahniah kepada pengunjung 1.5 juta
- utk MAHA akan datang, buatkan cabutan yang lebih banyak.. ngehhhh..
4. Direktori
-direktori exibitor MAHA yang memaparkan nama/syarikat exibitor dan peta lokasi di dalam dewan atau nombor booth mereka, yang ada hanya peta lokasi Dewan A,B,C dan D dengan nombor-nombor booth, yang ramai pengunjung tak tahu adalah nombor-nombor booth itu dihuni oleh siapa dan apa produk yang dipamerkan. Jika ada direktori tersebut, ianya lebih memudahkan pengujung mencari produk-produk tertentu dengan cepat dan tepat.
CADANGAN UNTUK MEREKA YANG INGIN KE MAHA 2012 atau 2011 (mana tau akan di adakan?)
1) Pakai kasut sesuai/sedap berjalan ..contoh: kasut sukan.
2) bawa payung
3) bawa spek hitam
4) pegi awal pagi , jika jammed pun ada whole day untuk berjalan
5) bawa telekung/sejadah
6) bawa duit (atm mesin agro bank ada...meps boley laa..tp beratur panjang juge)
7) jangan malu bertanya, nanti salah naik bas
8) bawa bekal air minuman dalam botol jika nak jimat belanja...
9) bawa troli jika nak shopping mcm2x.. atau bawa beg khas utk isi barang2 belian supaya tak tercicir dek byk2x plastik:-)
10) yang ada baby kecik2x lagi tu tak sesuai rasanya bawa.. yg dah pandai berjalan oklah rasanya..
11) pegi weekdays jika ada peluang.. sebab weekend nie lebih ramai orang...
8) bawa bekal air minuman dalam botol jika nak jimat belanja...
9) bawa troli jika nak shopping mcm2x.. atau bawa beg khas utk isi barang2 belian supaya tak tercicir dek byk2x plastik:-)
10) yang ada baby kecik2x lagi tu tak sesuai rasanya bawa.. yg dah pandai berjalan oklah rasanya..
11) pegi weekdays jika ada peluang.. sebab weekend nie lebih ramai orang...
2 comments:
gud info..tapi kalo ada lagik mmg tak pergi pun...mihahaha
akak gonjeng tak leh p..nnti terlepas anak2x gonjeng,,susah2x...ngehh ngehh ngehh..
hehehe..jgn akak gonjeng nanti lari marathon lak pegi tinggalkan anak2x ehhh...:0) mihaaahaaa..:0)kalah lak deqlis keh keh keh..
info utk dikongsikan bersama...
hari tu i tgk yg pegi MAHA ad apakai high heel 4 inch tue.. hihi
Post a Comment