Recent Post

Thursday, January 20, 2011

Nyum2x keropok lekor!



Salam Pagi Thaipusan semua..hehe!..  pepagi nie deqlis boleh teringin nak makan keropok leko.. haa nasib baiklah stok keropok leko yang  beli semasa MAHA tempohari masih ada dalam freezer... apa lagi kan?? memang sedap dan terbaik dari ladang!!..eh ladang ke?? hehe..sesukesuki jer ku menaip..haha..

Masa MAHA tempohari memang deqlis beli 4 pack brand ini, 1 pack keropok leko jagung (nie pun sedap) dan 2 lagi brand lain..semua sedap...haha pemborong keropok leko MAHA dah jadikknyerr hehe.. 
pepun bagi yang nak mencuba goreng sendiri nie.. ada teknik menggoreng agar keropok leko tidak mengecil atau kecut selepas digoreng. caranya masa awal gorengan, gunakan api yang kecil... selepas beberapa ketika barulah kuatkan api hingga garing... dan angkat... jgn terus2x guna api besar... okies selamat mencuba!

kalau nak buat sendiri keropok leko..meh usha resepi nyer.. ini kalu time ikan murah..leh laa buat kan..
macam laksa laa.. klu ikan tengah sales...borong banyak2 buat laksa!! hehe laksa pulak pergi nyerr hehe



RESEPI KEROPOK LEKO:

Bahan-bahan
1 kg ikan Parang/Kembong
500 g tepung sagu/ tepung kanji kurang sedap.
garam secukupnya
125 ml air
sedikit ketulan air batu
Cara penyediaan

Ambil isi ikan, buangkan tulangnya. Tumbuk atau cincang halus isi ikan sambil dibubuh garam. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini. Kemudian bubuh tepung sagu dan air secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal. Celup jari dalam tepung sagu dan bentukkan doh menjadi seperti silinder. Jerang air hingga mendidih dan rebus keropok. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.

Keropok yang telah direbus boleh dimakan segera dengan dicicah cuka kerepok (sos lada). Sedikit 'serbuk perasa' atau juga dikenali MSG boleh ditambah bagi menyedapkan lagi (PAK AJI LAA TUE) itu klu suka!.

1 comment:

Samsul Siji said...

bestnyerrrr..........
nak2, hehe