Recent Post

Monday, February 28, 2011

Mengantuk? dan Kisah Deqlis...

Mengantuk sering dirasai jika seseorang tidak cukup tidur atau tidurnya sering terganggu atau masa tidur yang terlalu singkat. Tindakbalas kebiasaannya adalah menguap... pssstt..kalau nak menguap pun ..menguaplah dengan menutup mulut anda ya. Jangan pula menganga macam singa lapar.. hai takut deqlis:-)

Sebenarnya tatkala menaip ini pun deqlis mengantuk, semalaman menyiapkan kerja dan sambil hangat menyiapkan penyertaan contest-contest deqlis... Leka sampai pukul 3 pagi nie... 

Pernah tak mengantuk ketika memandu? Deqlis pernah alaminya suatu ketika dahulu. Alhamdulillah panjang umur deqlis lagi. Teringat pada masa itu, deqlis pulang kerja dalam jam 11 pagi. Memandangkan deqlis ada editing 7 malam hingga 7 pagi, namun telah berada di pejabat seawal 9 pagi untuk kerja-kerja lain dan persediaan sebelum masuk editing. Dan selepas edit pula, tentulah banyak kerja lagi yang perlu di selesaikan hingga lah jam 11 pagi baru deqlis nak pulang ke rumah tanpa tidur sepanjang malam. Mengantuk ya amat hanya Dia sahaja yang tahu. 

Deqlis memandu lebih kurang 42km untuk sampai ke rumah, hanya tinggal lebih kurang 5km nak sampai rumah, deqlis yang mengantuk sangat ini telah tertidur semasa memandu tanpa sedar. Deqlis masih ingat, kedudukan kereta deqlis betui-betui berada di Lorong Kanan iaitu lorong laju...  Deqlis pun tak tahu bagaimanakah deqlis boleh tertidur ketika itu, buka sahaja mata, kereta yang dipandu deqlis yang berada di lorong kanan sekali itu bergerak perlahan dan sebuah kereta lain sedang melakukan aksi potong kiri. Hmm potong kiri kereta deqlis yang SLOW itu laa... Ya Allah!!.. nasib laa deqlis tersedar awal... dan semasa kejadian itu berlaku deqlis berada di jalan yang lurus... kalaulah jalannya tidak lurus..entahlah apa jadi pada deqlis masa itu. Apabila tersedar sahaja, dengan segeranya dan sepantas kilatnya deqlis tekan minyak... al-maklumlah masih di lorong kanan... hingga sampai di fly over dan masuk ke kawasan perumahan rumah deqlis... Alhamdulillah... dan bermula dari hari itu, biasanya deqlis pastikan sebelum balik deqlis minum dulu atau jika terlalu mengantuk sangat, deqlis akan tidur di dalam surau di tempat kerja... 

Mengantuk ini merbahaya...jika kita tak tidur atau tak cukur tidur janganlah memandu... deqlis ingatkan kawan-kawan semua sebab?? sebabnya deqlis sayang semua laa... harap uools semua tak tertidur ketika memandu.. Sememangnya itu satu pengalaman yang tak mungkin deqlis lupakan kerana jika diikutkan deqlis bukanlah orang yang mudah tidur walaupun deqlis jadi co-pilot untuk sesuatu perjalanan jauh tau..!
itulah jika dah tak tidur... BAHAYA sekali..AWAS anda DILARANG MEMANDU jika tak tidur mahupun tak cukup tidur...


2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

as salam deqlis...pagi nie masih ngantuk tak?hihi

deqlis said...

takkkk hehe..!!