Recent Post

Monday, February 28, 2011

Perbaiki Wudhuk

Tadi deqlis blog walking di blog Fariszaz  dan membaca artikel tentang Perbaiki Wudhuk. Terima Kasih kepada saudara Fariszaz sebab mengingatkan sesama kita tentang wudhuk.

Bila bercerita tentang wudhuk nie, deqlis masih teringat pesan Ustazah deqlis di sekolah dan sekarang hb deqlis selaku ketua keluarga iaitu kita kena faham betul-betul perkataan menyapu dan merata di bahagian-bahagian wudhuk. Ramai dikalangan kita mungkin terlepas pandang atau tidak mengetahui istilah merata dengan mengalirkan air sahaja. Ustazah deqlis pesan supaya menggunakan jari jemari meratakan air ke seluruh anggota wudhuk bukanlah sekadar mengalirkan air sahaja.

Contohnya, jika mengambil wudhuk bahagian kaki, hendaklah jari kita menggosok-gosok kaki dan meratakan air dengan jari ke seluruh kaki hingga ke celah-celah jari kaki. Bukanlah sekadar bukak paip, dan membiarkan air mengalir sahaja di kaki. Deqlis ingin menyampaikan pesanan Ustazah Deqlis masa sekolah dulu ini dengan pesanan en hb deqlis ini untuk mengingatkan deqlis dan juga kawan-kawan semua agar perbaiki wudhuk kita dari sehari ke sehari. 

Tentu kawan-kawan juga pernah melihat senario ramai wanita yang mengambil wudhuk di pusat membeli -belah dengan hanya alirkan sahaja air ke kaki dari buku lali ke hujung jari kaki tanpa meratakan air dengan jari ke seluruh bahagian wudhuk kaki. Jadi marilah sama-sama perbaiki cara mengambil wudhuk.

InsyaAllah jika kita menjaga wudhuk, solat kita lebih kusyu' dan mudah-mudahan solat yang kita lakukan tidak sia-sia dan diterimaNya.

Sama-sama kita ingat-mengingati dan SELAMAT BERAMAL!!

Jika nak baca artikel "Perbaiki Wudhuk" oleh Fariszaz, jom klik sini.. info hadis juga ada di sana.

4 comments:

ibu qaleesya said...

thanks sharing.. memang betul tu delqis.. rata-rata orng tak tahu bagaimana nak ratakan air bila ambil wudhuk..

zahidah dihaz said...

thank for sharing dan ingatan tersebut..

New Entry: Mari belajar mewarna

.::: Princess MOMOY :::. said...

terima kasih dear
mengingatkan yang terlupa
bila kita ambil wuduk
jangan lupa ratakan bila part basuh tangan hingga ke siku tu
Korang pernah main game ni?"
Coupon makan-makan untuk korang"
Comelnya HEMPEDU ULAR"

Ibu Aqmar said...

terima kasih atas ingatan ini. nnt nk berkunjung ke link yg diberikan. Moga amalan diberkati.Amin