Recent Post

Tuesday, March 8, 2011

Anuar Zain sehebat Celion Dion!


Lagu Tema Hikayat Merong Mahawangsa Sehebat Lagu tema Filem Titanic!! Lagu yang mana nie?? bagi yang masih belum tahu lagu apakah yang deqlis maksudkan..Inilah dia Lagu Sedetik Lebih nyanyia Anuar Zain yang cukup memukau.

Edry Abdul Halim berkata, pihaknya percaya lagu tema HMM akan mendapat impak yang sama seperti lagu tema filem box- office, ‘Titanic’. Lagu tema filem ini dinyanyikan oleh Anuar Zain dalam dua bahasa iaitu melayu dan inggeris untuk pasaran luar negara.Rakaman penataan muzik HMM telah dijalankan di Dewan Filharmonik Petronas selama tiga hari berturut-turut.

Haa.. jadik tak salah laa kalau deqlis kata Anuar Zain sehebat Celion Dion!!.. Lagu My Heart Will Go On tu sampai sekarang meninggalkan memori dalam hidup deqlis...haha bukan impak filem Titanic jer..impak maksima jugak hehe..impak pada diri deqlis jugak..al-maklum zaman tu dok suka menyanyi dalam toilet!! haha!!!!!.... salah satu lagu tu yang deqlis sumbangkan tu adalah lagu tu laa hik hik hik....

Jom layan Lagu Sedetik Lebih!!


deqlis suka liriknya sekali... :-)


SEDETIK LEBIH


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


EDRY ABDUL HALIM

p/s: psstttt...pasnie leh laa Anuar Zain berduet ngan Celion Dion kan?? :-)

No comments: