Recent Post

Thursday, March 10, 2011

Mati muda akibat obes



Baca dak Kosmo semalam? Meh sama-sama kita amik pengajaran dari berita ini...memanglah ajal maut ketentuanNya, namun kita disuruhNya menjaga kesihatan diri. Jadi makan boleh, tetapi beringat bebeh..!

Jalani hidup yang sihat danpemakanan yangseimbang...eceh dah gaya doktor pulak bercakap... hehe..

pepun... deqlis hari nie letih sangat2x.. dan belum makan lagi..!!! 

nak kena masak laa....al-maklumlah keje sendiri cenggini laa.. keje+keje rumah hehe:)

oklah... jumpa lagi ngan cerita

" BEN ASHAARI YANG .........."

tunggu...! entri bakal dibuat... (tak buat lagi) klu nak baca nanti datang kemudian yer..

Meh baca Berita Kosmo tue...

KUALA LUMPUR – Sejak lapan tahun lalu, anak muda ini yang menjalankan perniagaan telefon bimbit di Jalan Chow Kit di sini menghadapi masalah memiliki selera makan yang melampau.

Dia lazimnya mengambil apa saja makanan terutama nasi dan pelbagai jenis daging, empat atau lima kali sehari dan dalam jumlah yang banyak pula.

Akibatnya, ketika usia mencecah 28 tahun, dia menghadapi masalah obesiti apabila mempunyai berat badan 257 kilogram (kg) sekali gus mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Dia kerap mengadu sesak nafas dan pada 3 Mac lalu, dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini untuk menjalani rawatan akibat masalah yang sama.

Namun segala-galanya berakhir pada pukul 4 pagi semalam apabila Ang Kok Fei meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Abangnya yang dikenali sebagai Fook Wong, 40, berkata, kematian adiknya itu amat mengejutkan dia dan ahli keluarga yang lain. - Petikan Kosmo 9 MAC 2011

2 comments:

Unknown said...

agaknya saluran pernafasan semakin sempit kerana terlebih lemak.. maybe

deqlis said...

maybe..hmm mungkin juga bukan setakat sempit kot, agaknya dah tertutup dek lemak...maybelaa...