Recent Post

Thursday, March 24, 2011

Senduduk Herba Kecergasan


Salam uools.tengahari  nie deqlis nak cerita tentang Senduduk… hhhh…awaiiiitt p duduk pulak??? Bukan deqlis suh duduk…(eh uools mmg tgh duduk aper??) hehe...nie nak citer pasai herba atau pokok Senduduk nie… pernah dengar ?? pernah tak lihat pokok senduduk nie?? Memang susah nak jumpa atau nak Nampak pokok senduduk nie… klu pokok pucuk ubi pun susah nak jumpa (haha..duk bandar lah katakana…hehe) mmg susah laa nak Nampak kan?? Pokok Senduduk ni boleh didapati di kawasan semak. Ianya renek jer dan boleh mencapai ketinggian 3 meter. Ia berbunga warna ungu gelap dan rasanya da jugak yang berwarna putih namun jarang sangat lah boleh dijumpai…

Daunnya memang boleh dijadikan ubat. Secara tradisional, daun senduduk digunakan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya buat ibu selepas bersalin. Caranya dengan mencampurkan air mandian dengan daun senduduk, daun pandan, serai, dan limau purut. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Ada tak antara uools yang pernah cuba?? Mah kongsi pengalaman sikit..

Selain untuk kecergasan, daun senduduk juga mampu untuk mengubati luka dalaman. Caranya daunnya ditumbuk dan dicampurkan dengan segelas air. Tapis lalu diminum. Sangat baik untuk wanita selepas bersalin dan mereka yang mengalami cirit-birit dan buasir. Bagi yang mengalami luka-luka kecil, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian luka tersebut. Uools leh laa cuba…dan tengoklah kesannya… 

ENTRI AUTOPUBLISH 


2 comments:

Shaizhar said...

la... auto publishkan

ingatkan dah 'kembali' he he he

deqlis said...

hehe... lum leh lagi...

nie kat WWM nie.. entri esok pun auto.. dah set sampai .... harap2x cepat laa sikit line ok:-)