Recent Post

Monday, April 18, 2011

3 Drama yang deqlis suka layan

SAHARA



Drama Sahara slot Samarinda berkisarkan perebutan harta dan cinta di golongan keluarga korporat. Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan Tina bahagia.Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun.

Akan tetapi kemunculan Ashraf (Ammar Alfian) di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya.Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah.Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina. Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina.Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut.


Waktu Tayangan: Selasa hingga khamis, 10.30 malam, mulai 30 mac 2011 di TV3

- tgk drama nie mmg buat jantung tue naik turun naik turun...sebb?? geram laa ngan Tina tue...mengada2x betui2x... takde rasa hormat pada kakak Dia...dan tak rasa kasih sayang pada keluarga, kekadang switch channel jugak sebb geram tgk lakonan Tasya Sheila tue..-

ASMARA 2


Drama Asmara 2 terbitan Suhan Movies ini mempunyai 13 episod dan dijayakan oleh pelakon yang kebanyakannya masih kekal antaranya; iaitu Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani serta dibantu oleh pelakon/watak baru seperti Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen), drama ini merupakan lanjutan daripada musim pertama.
Jalan cerita (sinopsis) untuk musim ke-2 ini lebih kurang untuk merungkai rahsia “kematian” Zaliya dan kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati. Dalam musim sebelumnya, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).
Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.
Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?
- Drama nie mmg deqlis layan dari Asmara lagi...nie sambungan...hmm dalam Asmara 2 nie kesian kat Zalia kan? lakonan Faezah Elai.. dia terpaksa mengaku org lain Suhana tak silap deqlis.... pastu deqlis suka tgk Faezah Elai (zalia) pakai tudung... Tudung Fareeda jika ku amati betul2x... cuma klu leh labuh sikit ke bawah lagi cantikkan?? uools layan tak drama nie?? satu lagi suka lak lakonan Shahz jazlee nie-

GEMILANG




Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.


Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.

Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).

Pengarah drama ni, Kabir berharap Gemilang akan menjadi sumber inspirasi kepada penonton yang sarat dengan keceriaan, kelucuan dan emosi demi menyelamatkan pelajar mereka yang cintakan kejayaan.

Elemen percintaan turut diselitkan bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Asma dalam berusaha menjadi insan yang berjaya tidak mampu untuk menolak cinta Saifullah.

Senarai Pelakon Gemilang

Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli – Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah – Asma), Datuk Jalaluddin Hassa (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong).


- aiseyy...drama nie pulak buat ku geram sekali lagi dekat Tasha Sheila....isshhh suka buat hal punya orang... dan jikalau ada orang yang macam nie kat dalam dunia nie betui2x lah..deqlis nasihatkan cari jer lah orang lain, tak guna mengganggu dan campur tangan hal org lain... ko bukannya tak lawa, mesti ramai lagi orang lain yg nak dari terhegeh2x dekat Saif... Umar dulu2x serius nak kat dia, dia main2x..saja main tarik tali mempergunakan Umar...kesian kat Umar..., harap Umar tak silap pilih orang... teladan lain yg boleh di ambil, percayalah sahabat anda dari terus buta dalam cinta! en mcm dr Love pulak kasik nasihat ekekeke... pepun deqlis suka drama nie... dari segi  editing , angle, props pun cantik dan suka deqlis layan-

12 comments:

zahidah dihaz said...

emosinya agak layan drama ni....saya lama dah tak tengok tv...kalau malam memang harapanlah dapat nak menonton...tapi kalau dapat tengok pun mesti bukak channel 391 or 393 je...hehehehe



New Entry: SHOPHOUSES + STADIUM + PREDUENTIAL = PENING

puanstoberi said...

huhu...tetiga drama tu tak penah tgk. huhu...
skang tgk yg ptg tu je. apatah tajuk dia. cinta antara kita eh??

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Deqlis..makasih mendoakn tukadik k.atie...Dah ramai anakbuah k.atie tau!!

Unknown said...

kiter tgk iklan sahara cam best tp lom layan lagi tp gemilang mmg layan ler heheh

ezy.fia said...

sume ni cik ezy xtgok.. huuu..

TS said...

huhu...seb baek faveret cite ieyla on ade..hehe...tp xdpt layan full pon..

"GEMILANG"

miezaniera said...

sy tgk asmara 2..gemilang pn layan jugak sbb bese ari isnin tkde cite best...sahara tk tgk sbb dh tido hehehe

cikpuanhady said...

wahh..bunyi cam menarik je ni..agak2 ada tak kat website tv3 ek..

dah klik hb..

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

AishaAminudin said...

layan kekadang jer..sgt bz waktu mlm,

deqlis said...

zahidah dihaz: haha tu arr pasai..penuh emosi gitu...semalam last ep Gemilang rasanya... yg tak best Cikgu Ruhana tu mcm takde pembalasan jer....last sekali semua dah tua2x.. kelako lak heheh..:) semua student 1st batch institut Gemilang sukses..

Pnstoberi: mesti tido awal erk..deqlis yg petang2x lak jarang2x tgk...sebb sibuk masa tue...kekadang ke tgk..ada gak laaa sekali-sekala layan:-)

azatiesayang: sama2x kak tie... :-)

deqlis said...

EiJAM FAMILY: haa..cuba tgk mesti best...deqlis geram tui ngan Tina...suka tau kena Sahara... bila dah tau anak angkat pun masih nk menyombong lagi...adehhh...sabor jer lahh pabila menonton

Cik Ezy: mu pun tido awal ya?? ke ada kelas malam??heheh

deqlis said...

iEYLa: ooo suka tgk Gemilang gak yer?? semalam tgk tak??

miezaniera:sahara tu mmg lewat malam sikit tayangannya...

cikpuanhady: haa ada kat portal TV3 tu rasanya..leh laa layan tgk online..deqlis klu kuar malam tak sempat tgk pun layan kat website tv3 je:-)

ok semua, jom join GA nie... deqlis tag uools semua ya..
http://deqlis-contest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-wan-myzura-collections_19.html