Recent Post

Thursday, April 21, 2011

Cerita Hantu Susu

Salam semuanya malam nie tetiba deqlis nak cerita pasal hantu Susu...
...uools ingat tak pernah kecoh giller perihal hantu susu nie suatu ketika dulu? hmm masa deqlis darjah 5 kot (cuba mengingat) tp..yg pasti masa sekolah rendah lah yer....

Al-Kisahnya Hantu Susu... kejadian ni mula2x terjadi kat kawasan Taiping..wallahualam...byk versi cerita laa yg deqlis ingat... versi pertama ada seorg ustazah ni...dia ni sedang mengandung anak sulung..ustazah ni tiap2x mlm mengaji..suaranya pun sedap tetapi yang malangnya suami dia nie seorang kaki nombor ekor dan berjudi.. Menurut cerita, semasa dia nak melahirkan anak, dia telah meninggal dunia. bersama-sama anaknya sekali yg turut meninggal...Suami dia menggali kubur dia Ustazah ini dan membelah perut dia dan keluarkan baby tu utk buat pemujaan...Astargfirullahalazim...bermula dari situ, roh dia tak aman & merayau2x...dgn 'baby' dia tu la...dan ketuk pintu rumah orang untuk minta susu.

begitula al-kisahnya versi pertama yang deqlis dengar...

Tapi versi kedua nie lagi hebat wooo!!...kecoh satu sekolah, satu bandar, satu taman, satu daerah...,Al-kisahnya hantu susu bermula bila seorang ibu dan anaknya kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian dengan perutnya terburai akibat kemalangan tersebut. Maka hantu si ibu akan berkeliaran memakai baju putih dan telekung putih sambil menggendong anaknya. Si hantu susu akan pergi dari rumah ke rumah di malam hari lantas memberi salam dan mengetuk pintu..tok tok tok...!. Bila pintu dibuka, si hantu susu akan meminta susu untuk anaknya yang digendong. Anak kecilnya akan menangis teresak esak. Tuan rumah akan berikan susu kerana kasihan. Bila kain yang membalut anaknya dibuka, yang digendong bukannya bayi tetapi batu nesan panjang. Hantu susu tersebut pun menunjukkan mukanya, terlihatlah separuh wajahnya yang dah berkulat dan menyeramkan lantas berlalu naik ke ruang udara sambil mengilai-ngilai panjang..hingga ternampaklah isi perutnya yang terburai-burai di ruang angkasa (naik ke atas langit).... hiii hi hi hi hiiiiiiiii...Woo kisah hantu susu nie deqlis ingat lagi memberi impak yang besar dalam hidup kanak-kanak seusia deqlis..dengan erti kata lain nyer dari sekolah rendah deqlis hingga ke sekolah rendah Kuang kecoohhh beb!!.. haa dengar2nya ramai yang tak pergi mengaji malam gara2 takut terjumpa hantu susu... (deqlis nasib baik p mengaji jugak sebab tempat mengaji selang 1 pintu jer dari rumah ja ).

Cerita pasal hantu susu memang tak habis dari kawan-kawan sekolah , cikgu-cikgu pun sembang hantu susu...kira glamour laa hantu susu tu masa tue...(nasib laa takde youtube masa tue..klu tak lagi glamour hehe)  mak deqlis pun sama dok kecoh dengar dari kawan-kawan dia di kampung sebelah... ada laa citer yang dah terkena ..mmg ada org dtg mintak susu...lepas dpt susu mengilai bagai...eeiii seram tui deqlis masa tue... yg nak tergelak bila diingat2xkan.. deqlis ingat deqlis ngan kawan2 sibuk laa bincang pasal klu hantu datang rumah macam mana nak kasi susu? susu pun takde? botol susu pun takde..hihi... ada tu siap2x nak pergi beli susu dan botol susu sebab takut hantu tu datang...klu tak bagi takut hantu mengamuk..keh keh keh... haha..deqlis pun pernah tanya dengan mak deqlis " mak klu hantu susu tu datang nak kasik susu ke? susu apa kita nak kasi?"(wah ! bunyi mcm prihatin lak kat hantu tu hehe)... tau apa mak deqlis jawab? "kasik jaa susu pekat manis" keh keh keh....(dlm lawak2x mak deqlis tu, deqlis dpt rasa yg mak deqlis pun seram sejuk gak hihi)... isshhh kiranya, pergi mana-mana mesti sibuk laa citer pasal hantu susu, lepas tu ada laa pulak reporter yg bg tau hanti susu tu dah ada kat sekian2x tempat, tak lama lagi akan menyerang ke Bandar Baru Sungai Buloh pula..(rumah aku tue). deqlis ingat lagi ada seorang kawan beritahu " eh hantu susu dah pergi Paya Jaras, lepas nie mesti pergi Sungai Buloh pulak" perrghh pandai lak hantu susu nie pilih2x kawasan erkk.. (ada GPS kot hantu nie...hehe) ...tp mmg kecoh laa hantu susu tue dulu... pasai hantu susu ramai budak2x tak berani main sampai lewat petang..kira sebelum senja semua dah balik rumah..tutup pintu laa kiranya... haa tak pergi mengaji malam pun ramai ..hehe.. 

tengah2x kecoh hantu susu tue.... tiba2x di rumahh deqlis (rumah mak laa masa tu ku kecik kan??) tok.tok tok....bunyi makin kuat... tok tok tok...!!! bunyi ketukan pintu.....

bermulalah kisah "hantu susu" datang ke rumah deqlis...masa tu mak deqlis sedang membuat karipap....
 apa kesudahan cerita hantu susu di rumah deqlis tue??
AKAN BERSAMBUNG>>>>>>>[ isshh macam panjang pulak entri nie...]

tapi sebelum tu nak beri soalan. macam biasa untuk MINI GA, siapa jawab dapat 1 point, jawapan betui dapat 3 markah.. jawab sekali sahaja untuk soalan ini ya:-) sila jawab di entri ini sahaja..TQ:-)

SOALANNYA: 
Adakah mak deqlis pengsan apabila melihat hantu susu tu?




6 comments:

alexa yussida said...

erk..cepatla sambung..

mak akk tak pengsan tp terkejut..err tataw..hehe

Ada Dalina said...

alaaaaaaaa......nak tahu endinggg!

nanakimie said...

x pengsan:)

deqlis said...

haha...sabor yer semua...
nanakimie sorang je ke teka?? yg lain takmo teka ka??

cepat2x sebelum deqlis sambung citer..:-)

Fadzillah Kamarudin said...

tak pengsan...

aNiM said...

tak pengsan.terkedu je :)